IBU GILA : " SAYA TETAP SAYANGKAN PEMBUNUH ANAK SAYA"

Ibu kepada Allahyarhammah Syafiah Humaira yang mati akibat ditendang dan dipijak, pemandu teksi, Mohd. Fazli Azri Jamil pada Februari lalu, Siti Nurhanim Aziz (gambar), 25, yang juga teman wanita tertuduh semasa ditemui pemberita memberitahu, dia tidak dapat menerima keputusan itu.

“Saya tidak pernah marah dengan Fazli kerana dia tidak bersalah dan dia tidak ada niat untuk membunuh Syafiah. Saya tetap sayangkan Fazli kerana dia seorang penyayang dan dia sayangkan Syafiah,” katanya.

Syafiah Humaira merupakan anak kedua Siti Nurhanim, hasil perkahwinannya dengan seorang anggota polis, Sahari Usul yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh bagi kesalahan membunuh. Siti Nurhanim juga mempunyai seorang anak bersama tertuduh, Shakimie Iqbal.
------------------------------------------------------------------
Kali ini, si ibu reda terhadap perkara yang berlaku kerana sayang melampaunya terhadap si pembunuh anaknya sendiri. Kalau dia sanggup mencurangi suami sendiri, sehingga melahirkan anak di luar ikatan perkahwinan, perlukah kita berasa pelik dengan pengakuannya itu?

Semoga keadilan untuk adik Syafiah Humaira terbela.

Ulasan

  1. kena check balik mental pompuan ni. Kalau ikut hukum islam lelaki tu boleh lepas tapi kena baya diat la.dah waris boleh ampun kan pesalah ni...Pesalh boleh buat rayuan agong ni. Bawa waris sekali...

    Mintak Tanya yang lebih arif la...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular