HAPUSKAN SUBSIDI MINYAK .... BODOH JUGA HAMZAH ALI NI...

Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia bertarikh 23 September 2010... ada seorang makhluk Allah yang bernama Hamzah Ali dari Kuala Lumpur menyarankan agar dimansuhkan subsidi Petrol... mangkuk jugak mamat nie sorang... Korang baca la sendiri apa yang dia tulis tue...

(UM) Hapuskan cukai jalan

Dalam usaha menangani masalah beban kerajaan terhadap pemberian subsidi yang kian berganda setiap tahun, saya berpendapat rakyat jelata harus sama memikul tanggung jawab untuk mengambil langkah- langkah yang perlu.

Kita akan terus berhadapan dengan harga minyak yang tidak menentu dan kadar penggunaan yang semakin meningkat setiap tahun. Dengan pemberian subsidi berjumlah RM16.6 billion pada tahun lalu, ia merupakan satu angka yang cukup besar tetapi tidak mencapai matlamat yang ditetapkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah.

Di sebaliknya kerajaan hanya berjaya mengutip pendapatan berjumlah RM2.7 billion setahun bagi cukai jalan walau pun jumlah kenderaan berdaftar di negara ini 17 juta. Ini disebabkan terdapat di kalangan pengguna jalan raya yang tidak menjelaskan cukai jalan tetapi mampu bergerak bebas dengan menggunakan kemudahan subsidi dan pengecualian cukai minyak yang diberikan.

Ini termasuk juga ribuan kenderaan negara jiran yang memasuki negara ini setiap hari yang sememangnya tidak membayar cukai jalan di negara kita tetapi turut sama mengecapi kemudahan subsidi minyak yang diberi.

Justeru saya ingin menyarankan kerajaan supaya menghapuskan cukai jalan dan menarik kembali subsidi minyak yang dipraktikkan. Kenderaan masih mampu bergerak tanpa cukai jalan tetapi tiada kenderaan yang mampu bergerak tanpa minyak. 

Kerajaan mungkin boleh mengenakan caj dokumentasi setiap kenderaan pada sekitar RM10 setahun yang dianggap amat berpatutan. Dengan harga minyak yang lebih mahal, pemilik kenderaan akan lebih berjimat manakala kerajaan pula tidak akan kerugian.

Ia juga membolehkan pelepasan cukai terhadap syarikat minyak ditarik balik dan mampu memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan bagi pembangunan sektor yang lain. Ini akan menghasilkan keadaan 'menang-menang' kepada kerajaan dan juga rakyat jelata. Pada masa yang sama ianya turut memberikan kesan berikut:

* Mengurangkan birokrasi di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sekali gus menjimatkan kos kerajaan dengan pengurangan kakitangannya.

* Mengurangkan aktiviti penyeludupan minyak di sempadan dan perairan negara. Dianggarkan kerajaan kerugian lebih RM660 juta setahun menerusi aktiviti ini.

* Mengelakkan penyelewengan oleh pemborong di mana minyak subsidi sering dijual semula ke sektor perniagaan.

* Mendidik masyarakat supaya lebih berhemah dalam perbelanjaan.

* Membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk berpendapatan rendah dengan penyaluran wang ihsan secara bulanan kepada mereka.

HAMZAH ALI
Kuala Lumpur

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular