4 ALASAN HUBUNGAN INDONESIA & MALAYSIA HARUS DITERUSKAN : SUSILO

Presiden Susilo telah memberi pernyataan tegas tentang signifikan hubungan Indonesia dan Malaysia dan menggariskan lima alasan mengapa hubungan itu harus terus dijaga dan dipelihara dengan baik.


Pertama, kedua-dua negara itu mempunyai hubungan bilateral yang terpenting kerana mereka memiliki hubungan sejarah budaya dan kekerabatan yang sangat erat, mungkin yang paling erat berbanding negera lain sejak sekian lama.

Kedua, hubungan Indonesia dan Malaysia adalah tonggak penting dalam keluarga besar Asean. Asean boleh tumbuh pesat antara lainnya kerana asas yang kukuh dalam hubungan Indonesia dan Malaysia.


Ketiga, 2 juta tenaga kerja Indonesia di Malaysia alam pelbagai bidang dan mereka telah banyak memberi keuntungan kepada kedua-dua negara.

Keempat, pelancong Malaysia merupakan yang ketiga terbesar di Indonesia dengan jumlah sekitar 1.18 juta orang dari 6.3 juta pelancong asing.

Yang terakhir kedua-dua negara juga mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang penting.

Ulasan

Catatan Popular