25 Ogo 2010

PKFZ : TANGGUH BICARA LAGI
abu nu'man25 Ogo 2010 0 Komentar

Perbicaraan kes melibatkan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di sini hari ini ditangguhkan ke 26 hingga 29 Oktober ini.


Hakim Asmadi Hussain membuat keputusan itu setelah pihak pembelaan memberitahu mahkamah bahawa mereka telah menghantar representasi baru kepada pejabat Peguam Negara pagi ini untuk menggugurkan tiga pertuduhan pecah amanah membabitkan RM254.85 juta.

Peguam Phang, Francis Ng Aik Guan, memberitahu mahkamah terdapat perkembangan baru berhubung kes tersebut yang memerlukan perbicaraan ditangguhkan bagi memberi masa untuk pihak pendakwaan membuat keputusan sama ada menerima representasi berkenaan atau tidak.

Ng juga memberitahu mahkamah bahawa pihaknya turut menghantar representasi sebelum ini tetapi tidak menerima sebarang jawapan setakat ini. “Lagipun pihak pendakwaan baru menyerahkan 246 dokumen semalam dan (pihak pembelaan) perlukan masa untuk mengkajinya kerana kebanyakan dokumen berkenaan bersifat teknikal,” katanya.

Perbicaraan terhadap Phang yang merupakan seorang daripada tertuduh utama kes mengenai Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), ditetapkan hari ini dan esok.

Ng berkata sekiranya pejabat Peguam Negara menerima representasiya, maka kesemua pertuduhan terhadap Phang akan digugurkan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.