27 Ogo 2010

PAS dan DAP kena diam. Jangan cakap kalau tidak faham,” : Aziz Bari
abu nu'man27 Ogo 2010 0 Komentar


Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam di negara ini boleh menjadi kenyataan dengan syarat parti Islam itu perlu mendapat sokongan rakyat terlebih dahulu, kata penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari (gambar).
Selain itu beliau menyarankan agar PAS mengkaji semula hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kerana ia perlu memahami aspek itu dalam konteks Islam “klasik” mengikut peredaran zaman.
“Kedua-dua parti iaitu PAS dan DAP kena faham prinsip ini (hukum hudud).
“Yang jadi masalah adalah PAS memahami hudud dalam konteks Islam klasik manakala DAP pula degil dengan kefahaman Perlembagaan mereka yang tidak tepat,” katanya.
Oleh itu kata beliau, dalam persekitaran sedemikian kedua-dua PAS dan DAP perlu mengambil sikap mendiamkan diri.
“Jadi dalam keadaan sekarang PAS dan DAP kena diam dan berfikir. Jangan cakap kalau tidak faham,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata hukuman hudud boleh dilaksanakan dalam kerangka Perlembagaan negara sedia ada.
“PAS perlu mendapatkan sokongan rakyat dan untuk dapat sokongan rakyat PAS perlu jelaskan kepada mereka apa itu hukuman hudud.
“Selain itu, dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan sedia ada ia boleh dilaksanakan tetapi yang paling penting adalah penerimaan dan sokongan rakyat,” katanya.
Justeru tambah beliau, walaupun DAP menentang pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam seperti yang dicadangkan PAS tetapi ia tetap boleh dilaksanakan sekiranya ia diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Sokongan atau tentangan DAP penting tapi apa yang lebih penting ialah sokongan dan dokongan rakyat kerana setiap undang-undang itu perlu diluluskan Parlimen dan DUN
“Ertinya kalau rakyat faham dan mahu undang-undang hudud dilaksanakan tiada siapa yang boleh menghalang,” katanya.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.