PAKU DULANG PAKU SERPIH

Pemimpin PAS Dr Lo’Lo’ Ghazali mendakwa pemimpin-pemimpin Umno salah gunakan masjid di ibu negara awal minggu ini untuk tujuan kempen politik mereka.

Ahli Parlimen Titiwangsa ini berkata, dengan pemimpin-pemimpin Umno memberi ucapan politik di Masjid Alam Shah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah melanggar arahan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Selepas Isyak, solat diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, majlis diisi dengan ucapan Ketua Umno Cheras, pemangku ketua Umno Titiwangsa Umno dan juga menteri,” kata Dr Lo’lo’ pada sidang media di sini hari ini.

Isu PAS menggunakan majlis untuk tujuan politik pernah muncul ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor April lalu dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi sasaran serangan.

Kata Dr Lo’Lo’, sesi “bertemu rakyat” yang dianjurkan oleh jabatan dan Ketua Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali telah mengaku ada menjemput pemimpin-pemimpun Umno setempat ke majlis tersebut.

“Pengacara majlis, pemimpin-pemimpin Umno dan menteri tidak maklum tentang kehadiran Ahli Parlimen Titiwangsa meskipun mereka diberitahu oleh ketua pengarah,” kata Dr Lo’lo’ lagi.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat itu menambah, sebelum majlis kelmarin Jamil Khir telah menghadiri sekurang-kurangnya lima program seumpama itu yang disokong oleh Umno di kesemua bahagian Parlimen di ibu negara.

Katanya pemimpin-pemimpin Umno sewajarnya menggunakan masjid sebagai platform untuk menyatukan umat Islam.


...gambar hiasan... kenangan Surau Berembang...

Ulasan

Catatan Popular