19 Ogo 2010

MAHASISWA BERPOLITIK : WAKIL PAS JUMPA TMPT 23 OGOS INI
abu nu'man19 Ogo 2010 0 Komentar

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan akan mengadakan pertemuan dengan Dewan Pemuda PAS Pusat bagi membincangkan idea penglibatan mahasiswa dalam politik, Isnin ini.

“Ya, saya akan menemui Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (Nasrudin Hassan Al-Tantawi) pada Isnin di Kuala Lumpur.

“Ini kerana beliau (Nasrudin) mahu berbincang dan menyerahkan memorandum mengenai penglibatan mahasiswa dalam politik,” katanya kepada The Malaysian Insider menerusi khidmat pesanan ringkas malam tadi.

Bagaimanapun Saifuddin berkata, masa dan lokasi pertemuan masih belum ditentukan lagi.

“Tempatnya akan diberitahu kemudian, yang pasti ia akan diadakan di Kuala Lumpur pukul 11 pagi,” katanya.

Pagi semalam, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Azman Shapawi Abdul Rani berkata pihaknya akan tetap cuba bertemu dengan Saifuddin pada 23 Ogos bagi menyerahkan satu memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh bagaimanapun menjelaskan beliau tidak melanggar keputusan Kabinet yang sebelum ini menolak idea membenarkan mahasiswa menyertai politik secara aktif.

“Saya tidak melanggar keputusan Kabinet, saya bertemu Nasrudin atas jawatan saya sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno,” katanya.

Sebelum ini Saifuddin berkata bersedia mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak — sama ada pertubuhan politik atau bukan politik bagi membincangkan idea membolehkan penglibatan mahasiswa dalam politik tetapi bukan dalam tempoh terdekat.

Beliau sebelum ini berkata akan idea itu ke perhatian Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat 27 Ogos ini.

Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.