'HIPOKRIT' BN SURUH TUTUP TIME BULAN PUASA.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad hari ini mengkritik Umno Selangor yang meminta agar pusat hiburan dan rumah-rumah urut di negeri itu ditutup sepanjang bulan Ramadan dengan menyifatkan gesaan itu sebagai sikap “hipokrasi” parti itu.


“Ia bukan hanya dosa ketika bulan Ramadan,” kata beliau sambil menambah, pendekatan betul adalah menerusi pendidikan, bukannya tekanan.

Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam mempersoalkan motif Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dengan menyifatkannya sebagai tindakan bermotifkan politik.

Sehubungan itu kata Khalid, berbanding dengan tindakan Umno Pakatan Rakyat (PR) tidak akan mengenakan paksaan ke atas rakyat.

Sebaliknya jelas beliau, kerajaan negeri Selangor pimpinan PR akan mendidik orang ramai dalam isu-isu seperti itu.

Kata beliau, umat Islam tidak seharusnya tidak melakukan atau menghindari perkara-perkara berdosa ketika bulan Ramadan.

Ulasan

Catatan Popular