BYK KOT SENATOR KOTAK DIBAYAR UMNO???... TU TAKUT ISYTIHAR HARTA

Senator Ezam Kotak mahu SPRM mengambil langkah memantapkan imejnya terlebih dahulu sebelum meminta anggota Kabinet dan pemimpin kerajaan mengisytihar harta mereka kepada umum.


Bekas pengerusi Gerakan Anti Rasuah Malaysia (Gerak) itu berkata, walaupun beliau mengalu-alukan pendirian terbaru Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed dalam soal pengisytiharan harta, “namun merasakan keperluan menumpukan tumpuan kepada memantapkan imej SPRM di mata rakyat terlebih dahulu sebelum langkah baru dilakukan.”

Kata Ezam, beliau merasakan keperluan dan fokus semasa ialah mempertingkat kredibiliti SPRM buat masa ini.

Hanya setelah kredibiliti dipulihkan sepenuhnya langkah-langkah lain dilakukan termasuk langkah perisytiharan harta kepada umum, kata Ezam yang dilantik anggota Dewan Negara tiga bulan yang lalu.

Kelmarin, Abu Kassim bersetuju dengan pandangan peserta persidangan undang-undang bahawa anggota Kabinet wajar mengisytiharkan harta kepada umum.

Abu Kassim dilaporkan bersetuju dengan cadangan bekas presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiga supaya aset ahli-ahli politik terutama di kalangan anggota kabinet dan kehakiman didedahkan kepada umum untuk menunjukkan ketelusan.

“Mengikut amalan biasa isytihar harta hanya dimaklum kepada Perdana Menteri saja,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden Umno, Hishammuddin berkata cadangan untuk meminta semua Menteri Kabinet mengisytiharkan harta kepada umum adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan.

Menteri Dalam Negeri itu berkata apa yang dilakukan pada masa ini di mana semua anggota Kabinet mengisytiharan harta mereka kepada Perdana Menteri sudah memadai.

Ulasan

Catatan Popular