APA HAL AKU NAK MINTAK MAAF PULAK

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad (gambar) mempertahankan tulisannya dalam sebuah majalah agama dan enggan meminta maaf kepada Perlis kerana tiada sebab untuk beliau berbuat demikian.


“Apa pasal saya nak minta maaf pula? Adakah salah saya cakap Perlis berbeza?

“Apa alasan yang menyuruh saya minta maaf kepada Perlis? Adakah apa yang saya kata itu tidak betul?,” kata beliau ketika dihubungi.

Beliau berkata tulisannya bertajuk “Penyelewengan Wahabi” dalam majalah Milenia Muslim keluaran terbaru Ogos langsung tidak mempertikaikan Perlembagaan negeri itu, sebaliknya hanya menyentuh soal amalan yang meletakkan pegangan Ahli Sunah Waljamaah sebagai akidah negeri itu.

“Sebagai contoh di negeri lain ada Qunut tapi di Perlis tidak ada... di Perlis juga tiada bacaan tahlil tapi di negeri-negeri lain ada.

“Jadi buktikan sekiranya apa yang saya katakan salah, baru saya boleh minta maaf.

“Sebab itu saya cuma kata amalan di Perlis berbeza dan saya langsung tidak mempertikaikan perlembagaan negeri itu,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular