ADE-ADE SAJE...SIARAN ADEGAN SEKS DI PARLIMEN

Indonesia yang digegarkan dengan skandal klip adegan seks artis-artis popular baru-baru ini, semalam berhadapan dengan detik memalukan apabila imej-imej lucah pula disiarkan di bangunan Parlimen.


Kejadian mencemarkan imej Parlimen itu disaksikan apabila secara 'tidak sengaja' disiarkan adegan seks menerusi skrin televisyen raksasa, yang disediakan untuk menyalurkan maklumat jadual harian sidang kepada umum.

Meskipun para pemberita berusaha untuk memutuskan siaran adegan itu, tetapi mereka gagal dan ia berterusan kira-kira 15 minit.

Masalah itu akhirnya diatasi oleh pasukan keselamatan.

Imej-imej itu turut diakses oleh pemimpin-pemimpin Dewan Perwakilan menerusi oleh skrin televisyen masing-masing.

Adegan seks tegas melibatkan 'remaja muda' dan iklan berkaitan dipercayai diperoleh dari laman-laman web yang telah pun diharamkan oleh Singapura dan Malaysia.

Lebih memburukkan keadaan, kejadian ini dialami ketika Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat Tifatul Sembiring bercadang untuk membentangkan undang-undang menghalang laman-laman web yang membawa elemen lucah.

Pihak berkuasa Indonesia juga berusaha untuk mengatasi masalah bahan lucah menjelang bulan Ramadan, yang bermula minggu depan.

Justeru, Timbalan Speaker Taufik Kurniawan secara rasmi meminta maaf kepada Dewan Perwakilan dan sudah memulakan siasatan.

Ketua Setiausaha Dewan Perwakilan Nining Indra memberitahu gangguan itu berpunca daripada perbuatan pihak tertentu yang akses laman porno menerusi sistem komputer.

Katanya, pihaknya akan menggunakan rakaman CCTV untuk menyiasat punca kejadian
... GAMBO HIASAN JE...

Ulasan

Catatan Popular