TERKINI : DEMO KEPALA LEMBU... SEORANG DIPENJARA & DENDA...

Seorang dipenjara seminggu dan didenda RM3,000 - selepas tuduhan dipinda - mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan 'kepala lembu' membantah pembinaan sebuah kuil di Seksyen 23 di sini tahun lalu.


Seorang lagi tertuduh dikenakan denda RM3,000 manakala empat yang lain dilepaskan.

Mereka sebahagian daripada 12 lelaki yang dikenakan tuduhan berhubung pelbagai kesalahan berkaitan dengan tunjuk perasaan itu yang diadakan Ogos lalu.

Kumpulan 12 penunjuk perasaan ini mengaku bersalah apabila dikenakan tuduhan alternatif mengadakan perhimpunan haram.

Enam tertuduh yang lain didenda RM1,000 kerana mengambil bahagian dalam perhimpunan haram.

Terdahulu pagi tadi, kesemua mereka yang tahun lalu didakwa berhubung protes berkaitan kepala lembu mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan alternatif menyertai perhimpunan haram.

Mereka sebahagian daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Bangunan SUK) di sini dengan membawa kepala lembu pada 28 Ogos lalu untuk membantah pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Islam.

Mereka membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 dan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Ulasan

  1. Hukuman tu Sekadar nak melepas batuk di tangga aja. Peguam Negara boleh tukar kes pertuduhan pulak......kepada yang lebih ringan.


    ha...ha...ha...

    kartun....kartun PEGUAM NEGARA MALAYSIA.

    Yang biulnya si Hakim tu jugak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular