SETAHUN DUK RUMAH KHIR TOYO MASUK DUN HARI INI...

Khir Toyo mengakhiri hukuman penggantungan daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama setahun hari ini.


Ketua Pembangkang DUN dijadual kembali mengambil bahagian pada persidangan pagi ini.

Khir telah digantung tahun lalu dan dilucurkan elaunnya oleh Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan berhubung kesalahan menghina DUN.

Pada 15 Julai tahun lalu, DUN Selangor meluluskan usul menggantung Khir selama setahun dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.

Jawatankuasa itu sebelum ini telah mencadangkan Khir digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis).

Sidang DUN kali ini dijadual akan melantik seorang Adun BN selaku pembangkang sebagai ketua Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC).

Ulasan

Catatan Popular