NIK AZIZ : PAS UMNO TOKLEH JALIN KERJASAMA

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap bertegas PAS dan Umno tidak boleh berunding daripada segi politik kerana kedua-dua parti itu mempunyai dasar parti yang berbeza.


“Keputusan itu bukan keputusan saya, tetapi telah diputus oleh parti (dalam muktamar PAS) di Ipoh dua tahun lepas.

“Tak boleh... Umno dasar lain, PAS lain, tak boleh kerana dasar kedua-dua parti itu berlainan antara satu sama lain,” kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan kilang lombong emas usahasama CNC Goldmine Limited dari China dengan Perdabanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), di Kampung Sokor, dekat sini.

Nik Aziz yang juga Pengerusi PKINK berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasaruddin Hassan Tantawi bahawa PAS dan Umno masih mempunyai harapan untuk bekerjasama demi perpaduan Melayu

Ulasan

Catatan Popular