MAHFUZ : OK GAK TUBUH PARTI BARU... BARU MERIAH SIKIT

Seolah-olah menyindir cadangan Ibrahim supaya ditubuhkan parti Melayu baru, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, “baguslah kalau ada parti baru.”

Katanya, PAS memang mengalu-alukan cadangan tersebut kerana ia akan membuktikan amalan demokrasi subur di negara ini.
“Kalau beliau (Ibrahim) nak jadikan Perkasa sebagai parti politik pun bagus juga, ia akan memurnikan lagi politik dalam negara.

“Tidak perlu bubar PAS ataupun Umno, nanti ada tiga parti Melayu iaitu PAS, Umno dan Perkasa. Baru meriah sikit, nanti biar rakyat sahaja yang buat keputusan parti mana yang mereka mahu,” kata Mahfuz .

PAS menolak bulat-bulat idea Presiden Perkasam agar kedua-dua parti Melayu-Islam itu dibubarkan bagi mengorak langkah penubuhan parti baru jika usaha kerjasama perpaduan gagal menjadi realiti.


Ulasan

Catatan Popular