27 Jul 2010

KENYATAAN MEDIA : ISA-UMNO/BN GAGAL DENGAR SUARA RAKYAT
abu nu'man27 Jul 2010 0 Komentar

KENYATAAN MEDIA
26 Julai 2010 / 14 Syaaban 1431
ISA-UMNO/BN GAGAL DENGAR SUARA RAKYAT

Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) menyatakan kekesalan atas tangkapan terbaru ISA terhadap seorang pemuda, Fadzlullah yang ditahan di Sg.Buloh tempohari.

Fadzlullah, 28, ditahan di Sungai Buluh, Selangor pada Khamis lalu sekitar jam 11 malam oleh seorang pegawai polis berpakaian seragam serta 14 pemuda berpakaian biasa yang dipercayai dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman. Polis hanya mendakwa beliau mengunakan kedudukannya sebagai guru agama untuk merekrut pelajar menjadi ahli Jemaah Islamiah (JI).

Akhbar melaporkan kononnya Fadzlullah ada kaitan dengan seorang pendakwah dari Syria, Aiman Dakak dan seorang guru dari Malaysia, Azzahari Murad. Pada Januari tahun ini, Aiman ditahan dengan sembilan orang lagi atas alasan disyaki pengganas, manakala Azzahari masih ditahan di bawah undang-undang pencegahan.

DPPP menyifatkan tangkapan terbaru ISA ini membuktikan bahawa kerajaan UMNO/BN gagal mendengar suara rakyat. Kalau dalam tindakan menarik balik Lesen Judi Bola, PM mengatakan kerajaan ‘mendengar’ rintihan rakyat namun beberapa tindakan kerajaan kebelakangan ini tidak langsung mencerminkan yang kerajaan mengambil kira suara rakyat. Sebagai contoh, kenaikan harga minyak dan barang baru-baru ini. Dengan mengumumkan kenaikan ketika hari terakhir parlimen bersidang sehingga tidak sempat hendak dibahaskan, adakah ini melambangkan kerajaan mendengar suara rakyat?

Begitu juga dalam isu ISA ini, sememang tindakan kerajaan bermotifkan politik demi memuaskan hati sekutu mereka iaitu AS. DPPP juga mengecam kerajaan UMNO/BN yang memberikan alasan keagamaan untuk menghalalkan akta zalim ini sedangkan dalam masa yang sama ‘berkokok’ kononya meletakkan Islam dihadapan untuk diperjuangkan. Ternyata UMNO/BN hanya berlakon untuk mengaburi mata rakyat supaya menyokong mereka dalam pilihanraya umum akan datang.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.