CHUA SOI LEK TERKEJUT SEBAB LING SORANG JE KENE TAHAN.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkejut apabila dimaklumkan pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden parti itu Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini.


Bagaimanapun, Chua berkata beliau dan pemimpin MCA yang lain yakin Ling akan mendapat perbicaraan yang adil mengikut sistem perundangan di negara ini.

Chua (gambar) hanya mengetahui berita itu ketika pemberita memintanya mengulas mengenai perkara berkenaan.

“Bila?... selain daripada beliau (Ling), siapa lagi (yang didakwa)?” tanya Chua kepada pemberita yang menemuinya selepas beliau melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Poi Lam di sini hari ini.

... (diulangi)  “Bila?... selain daripada beliau (Ling), siapa lagi (yang didakwa)?” ... korang pandai-pandai le pahamkan apakah maksud yang tersirat disebalik ucapan yang keluar dari mulut Chua Soi Lek....


Ulasan

  1. Salam perjuangan.

    Isu ini bukan isu "penipuan Liong Sik".Isu ini adalah isu kununnya "AKU TIDAK PILIH BULU , TAK KIRA IKAN BILIS ATAU IKAN JERUNG!"

    Hairannya jerung tertangkap bila dekat pilihanraya.Penipuannya pun buka lah dalam masa terdekat.DSAI pernah menyebut perkara ini di parlimen dan di luar parlimen tetapi HARAM untuk mereka bertindak pantas.
    Tiba-tiba hari ini puak celaka ini dan pencacainya telah sembuh dari penyakit PEKAK dan BUTA!

    Bukankah isu ini telah lama DSAI bangkitkan di parlimen dan di luar parlimen...soalannya MENGAPA SEKARANG BARU BERJUMPA?...agaknya mereka buta dan pekak sebelum ini.

    Apakah bezanya dulu dan sekarang?..dulu PRU masih jauh sekarang mereka begitu terdesak PRU 13 semakin dekat...puak celaka ini semakin termasuk batunya...LEBIH-LEBIH LAGI PINANGAN KE ATAS PAS UNTUK "PERPADUANG" DITOLAK MENTAH-MENTAH OLEH PAS!

    Pergi jahanam UMNO!!!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular