APA SALAHNYA SURAT SOKONGAN UNTUK KAWAN-KAWAN...

KJ (gambar) sambil mengakui wujudnya “Napoleon Kecil” dalam perkhidmatan awam yang “bertindak atas motivasi tertentu”, peranan ahli-ahli politik dalam memberi surat sokongan tidak boleh diketepikan sama sekali.


“Di sini, saya ingin mengatakan bahawa suka atau tidak, di kalangan penjawat awam juga terdapat ‘Napoleon Kecil’ yang bertindak atas motivasi tertentu.

“Hakikatnya, kakitangan awam juga tidak terlepas daripada kemungkinan salah guna kuasa melalui tindakan ‘pilih kasih’ atau favouritism,” kata Khairy (gambar) dalam tulisan blognya berhubung arahan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan baru-baru ini yang mengarahkan kakitangan awam agar melaporkan sebarang kes di mana ahli politik cuba mempengaruhi pemberian kontrak kerajaan melalui surat sokongan mahupun secara lisan.

“Apa guna kita mengadakan pilihan raya untuk memilih wakil rakyat sekiranya perkara seperti menulis surat sokongan pun tidak dibenarkan?, katanya lagi.

“Jika seorang wakil rakyat gagal membuktikan kebolehan membantu dan membela rakyat, maka beliau akan diundi keluar, manakala kakitangan awam pula tidak dipilih,” katanya.

Oleh itu, saran Khairy, pihak-pihak tertentu jangan terlalu cepat memandang serong peranan wakil rakyat dalam menyokong sesuatu permohonan kepada Kerajaan.

Ulasan

Catatan Popular