TAZKIRAH DARI CHE DET : MELAYU KEMANA?

1. Melayu menentang Malayan Union kerana rancangan British ini akan memberi hak kepada sesiapa sahaja menjadi rakyatnya.

2. Melayu pada masa itu takut jumlah rakyat bukan Melayu yang rata-rata lebih kaya dan lebih terpelajar akan menguasai bukan sahaja ekonomi tetapi juga politik Malayan Union. Dengan ini akan terlucutlah kuasa Melayu ke atas negeri-negeri Melayu.

3. Sebab itu apabila mereka tewaskan Malayan Union, persekutuan yang menggantinya secara rasmi dinamakan Pesekutuan Tanah Melayu. Dalam Persekutuan ini 80 peratus lebih rakyatnya terdiri daripada orang Melayu. Kelebihan yang tinggi ini meyakinkan mereka yang nasib mereka akan ditentukan oleh mereka.

4. Dalam Pilihanraya 1955 mereka bersedia untuk memberi kawasan-kawasan yang majoriti pengundinya Melayu kepada calon kaum-kaum lain daripada parti-parti rakan dalam Perikatan. Dengan undi yang ada pada mereka, mereka tentukan calon-calon bukan Melayu ini mendapat kemenangan. Tujuan korban ini ialah untuk meyakinkan penjajah British yang orang Melayu tidak akan menindas kaum lain apabila berkuasa.

5. Dengan ini British pun memberi kemerdekaan pada tahun 1957, iaitu hanya dua tahun selepas korban yang dibuat oleh orang Melayu.

6. Atas tuntutan Sir Tan Cheng Lok supaya ditambah rakyat bukan Melayu, Kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman bersetuju untuk mengurangkan peratusan rakyat Melayu daripada 80 peratus kepada 60 peratus dengan memberi kerakyatan tanpa syarat kepada penduduk bukan Melayu. Satu kontrak sosial dibuat supaya pengurangan ini diimbangkan dengan agihan kekayaan yang lebih saksama kepada orang Melayu. Bagaimana ini hendak dicapai tidak pula dijelaskan.

7. Pemimpin Melayu berpendapat dengan 60 peratus daripada warga negara terdiri daripada Melayu, mereka masih menjadi majoriti dan masa depan mereka terjamin. Angka ini tidak banyak berubah apabila terbentuknya Malaysia.

8. Dalam sistem demokrasi memanglah majoriti akan berkuasa. Tetapi yang tidak diambilkira oleh kepimpinan Melayu ialah Melayu akan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila ini berlaku kelebihan jumlah mereka tidak lagi akan menjadi mereka kaum majoriti dalam negara.

9. Perpecahan bermula apabila ulama-ulama UMNO memisahkan diri mereka untuk menubuh Parti PMIP (Pan-Malayan Islamic Party). Pada mulanya PMIP tidak berjaya menghakiskan sokongan kepada pertubuhan utama orang melayu iaitu UMNO.

10. Kemudian kerana rebutan kepimpinan dalam UMNO, parti serpihan Semangat 46 ditubuh.

11. Walaupun Semangat 46 dibubar dan diserap semula kedalam UMNO tetapi ramai yang tidak dapat terima percantuman semula ini. Dengan itu sedikit sebanyak UMNO Kehilangan penyokong.

12. Kemudian Timbalan Presiden UMNO terpaksa disingkir daripada UMNO dan ianya berjaya dengan cara-cara tertentu mengheret keluar ahli UMNO untuk menyertai satu lagi parti Melayu. Perbuatan ini berjaya membahagikan orang Melayu kepada tiga buah parti, iaitu UMNO, PAS dan PKR.

13. Dengan adanya tiga buah parti, orang Melayu yang dahulu menjadi majoriti warga negara dengan jumlah 60 peratus daripada seluruh rakyat Malaysia sudah berpecah dan terbahagi kepada tiga kumpulan. Tidak ada satu pun daripada kumpulan ini yang disokong oleh majoriti rakyat. Ketiga-tiga mendapat sokongan tidak lebih daripada 30 peratus rakyat negara. Dengan perkataan lain orang Melayu sudah jadi puak minoriti dalam negara.

14. Sebagai puak minoriti mereka tidak mungkin lagi menjadi kuasa utama dalam parti-parti campuran yang disertai oleh mereka.

15. Mungkin mereka diletak sebagai pemimpin tertinggi dalam Kerajaan-Kerajaan Pusat dan Negeri. Tetapi mereka terpaksa mengikut telunjuk rakan-rakan mereka.

16. Kita lihat di Perak umpamanya apabila Kerajaan yang diketuai oleh Melayu dijatuhkan, kaum tertentu menganggap bahawa sebuah Kerajaan milik kaum itu yang dijatuhkan.

17. Mungkin di peringkat pusat juga akan ada ketua kepimpinan yang terdiri daripada Melayu tetapi duduk dibawah telunjuk orang lain.

18. Dengan ini besar kemungkinan Melayu secara sebenar sudah menjadi puak minoriti yang tidak berkuasa di negara sendiri. Kalau mereka berpendapat mereka akan diberi layanan yang baik apabila sudah tidak sebenar berkuasa, lihatlah sahaja nasib kaum mereka yang sudah menjadi kaum minoriti di negara jiran.

19. Masa sudah tiba untuk orang Melayu memikir dengan mendalam akan nasib masa depan mereka. Bersatu teguh, bercerai roboh. Pilihlah yang mana satu.

20. Saya akan dituduh "chanuvinist" dan "racist" kerana menyuarakan pendapat saya ini. Saya sanggup dilabel dengan apa sahaja label. Niat saya ialah untuk memperingati kita semua sebelum nasi jadi bubur. Berpecah dan berebutlah. Akhirnya yang dikendong akan berciciran dan yang dikejar tidak tercapai.

Wahai Melayu,

Kemana kamu?

dipetik dari : http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/06/melayu-kemana.html

Ulasan

  1. ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU........

    KERIH DAH JADI RITUAL PUAK2 PARTI BEWAK. SABIK TU LA MENDERA PARTI BEWAK ADA LAMBANG KERIH. KALU MELAYU SAJA TAPI TADAK KERIH, SEROPA NGAN MUTOQ TADAK PENYETAT. KALU TADAK PENYETAT NAK IDUPKAN MUTOQ TU KENA LA TOLAK BAGI KASI IDUP.

    KETUA2 PEMUDA PARTI BEWAK MISTI BAK KERIH TIAP2 KALI PERIMPUNAN AGUNG PARTI BEWAK. UCAPAN TADAK SEMANGAT KALU TADAK CIUM KERIH. DULU MASA NAJIB JADI KETUA PEMUDA PARTI BEWAK DIA MENGHUNUIH KERIH SAMBIL HABAQ " langkah mayat pemuda dulu kalu sapa2 nak gugat kedaulatan pulau batu putih" LA NI PULAU BATU PUTIH TADAK DAH......YANG ADA DUA BUTIQ BATU PELIAQ NAJIB.

    KERIH JUGA DIGUNA UNTUK PEMUJAAN( pemujaan dan sebati ngan puak2 parti bewak ). MONA PANDI GUNA KERIH UNTUK WAT PEMUJAAN ILMU ITAMNYA BERSAMA TOKONG KECIK. PENDEK KATA KERIH NI DAH JADI SUMBER SYIRIK DAN SANGAT TIDAK BERPEKDAH LANGSUNG KALU NAK MEMELIAKAN KERIH DALAM ZAMAN YANG TADAK TAHYUL LANI.

    SATU LAGI PERKAGHA YANG JADI KEMELIAAN UNTUK PARTI BEWAK ADALAH SONGKOK. SETINGGI MANA SONGKOK DEPA, SETINGGI ITU LA TEMPRETURE KEBEWAKAN YANG MENYELUSUT JIWA RAGA PEMAKAINYA.
    HABAQ MAI....SAPA2 YANG TADAK PAKAI SONGKOK DAPALAM PERIMPUNAN PARTI BEWAK....

    SESUAI NGAN PARTI BEWAK JENIH UGAMA SUKU POLITIK SUKU, SONGKOK PILIHAN PARTI BEWAK SABIK BULIH BAK PI SOLAT DAN BULIH JUGAK WAT PI JOGET.

    he he he
    attarbiatun fil bewakun kaaafirun.

    BalasPadam
  2. Kepemimpinan UMNO bukan hendak menyelamatkan Islam dan Melayu, tapi bagaimana mereka boleh mempertahankan kuasa pangkat dan darjat. Di samping itu, peluang-peluang perniagaan disediakan apabila berkuasa dan lebih penting daripada itu adalah kekebalan di segi undang-undang. Cuba renung dan fikir dengan mata hati

    BalasPadam
  3. Kalau difikirkan betul apa yang dikata.Pemecahan dan pembahagian menjadikan majoriti melayu mengecil dan menyusut manakala majoriti cina melebar dengan semangat perjuangan kaum itu.Mungkin hari ini kita belum nampak dengan jelas dan masih boleh menguasai keadaan ini tapi anak cucu kita mungkin akan jadi hancur dan menumpang di masa hadapan.Sesuatu itu tidak terjadi jika kita menyesal awal tapi didunia ini kebanyakkannya menyesal kemudian setelah ianya terjadi.Berbeza ideologi itu boleh tetapi jangan sampai memporak perandakan bangsa dan agama.Apa salahnya kita yang sebangsa dan seagama duduk bersatu dan saling tegur menegur dan bermuafakat sesama kita dengan menghilangkan keangkuhan dan ego kita tanpa dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin yang mempunyai kepentingan tertentu demi kepentingan peribadi mereka.Islam adalah saudara,Kafir tetap Kafir.

    BalasPadam
  4. lord reid ni bangsa apa? Hang kena ingat juga dalam Pas semua melayu. Hang kata kat melayu, awat hang ingat melayu pakatan tak ghasa sama ka. Kami pun pakai kepiah juga. Jangan dok sedap kata kat Melayu Beewak. Kot hang jenih makan beewak kot. Nak kata tu pikiaq la .

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular