SPRM KECEWA DENGAN SAKSI NORZA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kesal dengan tindakan sesetengah saksi kes yang berpaling tadah dengan memberi keterangan bercanggah di mahkamah dengan keterangan yang diberikan kepadanya.


Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata sebagai contoh kes rasuah yang membabitkan Datuk Mohamad Norza Zakaria dan ejennya Halimi Kamaruzaman yang dilepas dan dibebaskan mahkamah daripada pertuduhan rasuah kerana keterangan sembilan saksi kes itu bercanggah dengan percakapan awal mereka kepada SPRM.


Mustafar berkata apabila keterangan saksi itu bertukar, pihak pendakwaan SPRM terpaksa menarik balik pertuduhan dan terpaksa berhenti menerima keterangan saksi.

Katanya lagi, ini menyebabkan sesetengah kes yang dibicarakan terpaksa ditutup kerana pihak pendakwaan SPRM tidak mahu menerima keterangan lanjut saksi disebabkan keterangan yang bercanggah.

“Apabila perkara ini berlaku Timbalan Pendakwa raya (DPP) terpaksa menutup kes tersebut, jadi ada pihak yang akan menuding jari kepada kita kerana dikatakan tidak menjalankan siasatan dengan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata ini menyebabkan SPRM terpaksa mengambil tindakan terhadap saksi-saksi kes mengikut Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana memberi keterangan palsu dan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan denda.

Ulasan

Catatan Popular