ISTANA NEGARA BARU : SIAPA MAYA MAJU SDN BHD???


Siapakah dia Maya Maju Sdn Bhd yang membina Istana Negara baru yang menelan belanja hampir RM1 billion daripada kos asal RM400 juta?

Semakan daripada ROC mendedahkan yang Maya Maju Sdn Bhd pemegang saham didaftarkan adalah Mr Ko Chin Teck (RM15,000 unit saham), Mr Lo Sin Li (RM85,000 unit saham). Pengarahnya adalah Mr Ko and En Mohamad Muslim Hamzah (Mohamad Muslim tidak memiliki sebarang pegangan saham). Maya Maju Sdn Bhd Company No: 252091-T. Penyata kewangan berakhir sehingga 31 Dis 1993 (yang dilampirkan dalam rekod RoC) dengan nilai Aset Tetap RM82,655.00 and Aset Semasa RM415,169.00 serta Tanggungan Semasa pada RM456,501.00.


Selain itu terdapat syarikat yang didaftarkan melaui ROC dibawah nama Maya Maju (Malaysia) Sdn Bhd, (Reg No: 254750-T). Pengarahnya adalah Datuk Haji Man Bin Mat , Md Nizam B. Md Sharif, Rasidah Bt. Salleh, Lim Hooi Mooi (setiausaha), and Tan Enk Purn (setiausaha). Manakala pemegang sahamnya adalah Maryna Keh Abdullah @ Miss Keh Kim Lan (RM1,450,000 unit saham) and Man B. Mat (RM3,550,000 unit saham).


Istana Negara yang baru dianggarkan menelan hampir RM1 Billion?? Patik pohon derhaka Tuanku kerana kenapa tender tidak dibuat secara terbuka????

mungkin kosnya lebih RM1 billion... siapa tahu??

Ulasan

  1. salam for all....
    aku sedih mendengar jumlah kos membina istana mencecah rm800 juta...mengapa duit sebanyak itu dibelanjakan di saat rakyat dalam kesusahan.rakyat yang kais pagi makan pagi,nak dapatkan rm10 pun susah.ada yg terpaksa selongkar tong sampah untuk mencari tin minuman yg kosong untuk dijual di kedai besi buruk.walaupun aku makan gaji dimana setiap bulan dapat gaji aku boleh merasa kesusahan rakyat tersebut.kenapa pemimpin kita yang bergaji beribu-ribu sebulan jadi buta hati..ada yang asyik nak tambah bini la ada yang nak beli kerta baru la dan mcm2 lagi.kalu la rm 800 juta tu diagihkan kpd rakyat,berapa rakyat dapat seorang.''

    BalasPadam
  2. orang atas aku ni bodoh abaikan dia.Tiada Raja tiadalah Mlaysia.Daulat Tuanku!!

    BalasPadam
  3. yg atas aku ni la bodoh, orang citer pasal bina istana, yang melalut smpai raja ngan malaysia tu apehal, tak pas B.M pemahaman ker?????????????

    BalasPadam
  4. tggu la nnt msti byk defect.....aku buat aku tau..

    BalasPadam
  5. RM800 ribu tu duit UMNO, bukan duit kerajaan. Kerajaan mana ada duit. Duit yg kerajaan urus tu duit dari cukai yg rakyat bayar je dgn incometax, beli gula, beli pengorek telinga, belila apapun semua dah masuk dlm cukai. So jgn marah, sebab tu UMNO dah kurang duit tabung, sebab bina istana.
    Semua org tak bodoh sebenarnya, tapi ada pihak yg buat kita mcm org bodo je.

    BalasPadam
  6. God Save The King and Queen Of Malaysia :D

    BalasPadam
  7. xsalah rasany kalau istana 2 dibina untuk kegunaan jangka masa panjang.ni tempat bersemayamny yang dipertuan agong sekarang dan seterusny.

    BalasPadam
  8. istana lama still ok beb...

    membazir sungguh puak2 beeend nih...
    oooo bukan membazir beb..ada projek kembung la perut mereka nih...huh...

    BalasPadam
  9. rakyat merempat ada raja ambil tahu ka..!!!

    BalasPadam
  10. memang sgt membazirnya..istana yg tengah KL tu pun elok lg.. ramai rakyat yg hidup dlm kesusahan..

    BalasPadam
  11. dia orang yg kne hisab bile pulang nanti. zaman khulafa al-rashidin kan 30 tahun aje. kembalinye zaman tu bile panji-panji hitam dari khorasan datang jadi sampaikan mesej terutama kat anak2 kite. cube korang yg dpt kuasa macam dia orang bole control nafsu ke? aku rase aku pun jadi macam dia orang mungkin lagi teruk.

    BalasPadam
  12. Istana lama mmg still ok.. tp if you do some reading, istana negara tu asalnya adalah kepunyaan seorang jutawan dari China yg dibeli dan dijadikan istana negara selepas kekalahan Jepun. Malaysia sebuah negara berdaulat.. Tak salah kalau Istana Negara dibina sebagai simbol Raja Berpelembagaan.. untuk kegunaan jangka panjang jugak.. Bukannye taun ni bina Istana, taun depan nak bina lg 1 pon.. YDPA ialah Ketua Negara.. Tak perlu la tempat tinggal dia pun kita nk jadikan isu...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular