SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL UNTUK 1 MALAYSIA

... SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL...

Cadangan membangunkan hartanah di Kampung Baru di ibu negara berdasarkan nisbah 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera rata-ratanya tidak dialu-alukan oleh penduduk kawasan berkenaan.


Projek pembangunan Kampung Baru meliputi kawasan seluas 151.57 hektar iaitu lebih luas daripada projek Kuala Lumpur City Centre iaitu 40 hektar, yang merupakan antara projek pembangunan hartanah yang terbesar sekali di dunia.

Najib berkata, nilai tanah di kawasan itu boleh melebihi RM20 bilion jika penduduk menerima konsep pembangunan itu yang dapat merealisasikan potensi Kampung Baru sepenuhnya.

Nilai tanah di Kampung Baru sekarang hanya di sekitar RM350 sekaki persegi (0.09 meter persegi) sahaja sedangkan kawasan seperti KLCC sudah melebihi RM2,000 kaki persegi.

Susulan pertemuan Sabtu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin mengumumkan bahawa hak pemilikan tanah orang Melayu di kawasan Kampung Baru tidak akan terjejas walaupun masyarakat bukan Melayu bakal diberikan kuota 40 peratus untuk memiliki hartanah di kawasan berkenaan.

Cadangan itu bertujuan memaksimumkan potensi pembangunan di kawasan tersebut, kata beliau sambil berkata, “apabila kita katakan bukan Melayu, maksudnya ia tidak terhad kepada kaum bukan Melayu di Negara ini tetapi mungkin juga pelabur-pelabur luar yang berminat.”

“Kalau kita teruskan sekatan kepentingan tanah ini kepada orang Melayu sahaja, saya tidak yakin kita akan dapat nilai tanah, RM4,000 atau RM1,000 sekalipun seperti yang pemilik tanah dan pewaris tanah di Kampung Baru mahukan,” katanya.

Berdasarkan cadangan untuk membatalkan sekatan kepentingan tanah-tanah di Kampung Baru, kaum bukan Melayu akan berpeluang untuk memiliki ruang perniagaan dan unit-unit kediaman yang akan dibangunkan di kawasan itu berdasarkan nisbah 60:40.

Raja Nong Chik berkata Kabinet dalam mesyuaratnya pada awal bulan ini juga secara dasarnya telah bersetuju mengenai cadangan itu.

Ulasan

Catatan Popular