GIGI PUNYE PASAL MUNGKIN HILANG MP

Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua dilihat sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya walaupun mahkamah yang mendengar rayuannya semalam telah mengurangkan denda daripada RM3,000 kepada RM2,000.


Melainkan keputusan semalam diubah oleh Mahkamah Rayuan selepas ini, jika rayuan peringkat kedua dibuat, dan menerima pengampunan diraja, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya kecil.

Seorang bekas pegawai kanan SPR memberitahu, undang-undang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa jika dikenakan denda RM2,000 dan ke atas boleh menyebabkan wakil rakyat terbabit hilang kerusi disandangnya.

Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Dalam buku bertajuk “Penjalanan Pilihan Raya Malaysia”, bekas setiausaha dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata, “kehilangan kelayakan di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, jika timbul keraguan perlu diputuskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di bawah Perkara 53(1) Perlembagaan

Persekutuan dan perkara yang sama dalam Perlembagaan Negeri.”

Ulasan

Catatan Popular