APA BARANG MEJA BULAT....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan menyertai rundingan meja bulat anjuran Pakatan Rakyat esok bagi membincangkan isu serangan tentera Israel ke atas kapal “Mavi Marmara” yang membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza, Isnin lepas.


Sebaliknya kata Najib, beliau sendiri akan membentangkan usul di Dewan Rakyat pada Isnin ini bagi isu itu dibahaskan.

Najib berkata demikian selepas melakukan tinjauan mesra di kawasan Taman Sea Park, Petaling Jaya.

Keputusan untuk pembentangan usul di Parlimen dibuat dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Pakatan Rakyat bercadang untuk mengadakan rundingan meja bulat di Kelab Sultan Sulaiman esok sebelum menyerahkan memorandum mengecam serangan Israel kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ulasan

Catatan Popular