VELL PAARI CIUM TANGAN PM MINTA MAAF

Anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu hari ini memohon maaf kepada Umno termasuk perdana menteri dan timbalan perdana menteri kerana menuduh pemimpin-pemimpin parti itu mendalangi kempen Gerakan Anti Samy Vellu (GAS).


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, S. Vell Paari memberitahu, beliau mengambil keputusan itu selepas menjelaskan pendiriannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Mengambil kira perkembangan semasa, adalah jelas kepada saya bahawa Umno tidak terlibat dalam apa jua cara kempen GAS.

“Banyak pemimpin Umno telah dengan jelas mengatakan pendirian mereka bahawa mereka tidak menggalakkan atau bekerjasama dengan V. Mugilan dalam apa jua cara (dalam menggerakkan GAS).

“Oleh itu, saya mahu meminta maaf kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan juga Umno berhubung kenyataan saya sebelum ini,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular