JUDI : BEKAS BAKAL MENTERI BESAR KELANTAN DIMINTA BERHENTI JADI ORANG

PAS mengadakan demonstrasi kerana Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan aka Timbalan Kewangan Awang Adek, yang mengumumkan perkara berkaitan dengan pemberian lesen judi sukan, merupakan pemimpin yang datang dari Bachok serta menggesa kerajaan pusat membatalkan pemberian lesen judi sukan jika tidak mahu pihaknya menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada 3 Julai ini.


“Kami meminta kerajaan membatalkan pemberian lesen sebelum 3 Julai, jika tidak akan mengadakan demonstrasi besar-besaran dengan berarak ke Istana Negara pada 3 Julai,” kata Bendahari PAS pusat, Dr Mohd. Hatta Ramli di sini hari ini.

Hatta merupakan salah seorang yang berucap pada majlis demonstrasi anti-lesen judi sukan yang diadakan di dalam kawasan Masjid Mahmodi.

“Kami mahu Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan yang pernah diturunkan dalam pilihan raya umum 2008 sebagai bakal calon Menteri Besar Kelantan perlu meminta maaf dan meletakkan jawatan.

“Saya terkejut mengapa Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan, sebagai seorang Islam mahu mengumumkan perkara ini... beliau perlu meminta maaf kepada orang Bachok, orang Kelantan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai memberitahu, jika langkah ini tidak dibantah ia akan menyebabkan berleluasanya budaya lesen pertaruhan membabitkan sukan-sukan lain pada masa depan.

Hatta berkata, keputusan memberikan lesen perlu dibatalkan kerana ia bukan sahaja ditentang oleh orang Islam, malah bukan Islam.

“Kami yakin kira-kira 100,000 orang akan menyertai perarakan membawa memorandum bantahan ke Istana Negara.

“Saya yakin tiada pihak yang akan menghalang, dan sesiapa yang menghalang, kami akan menganggap sebagai menyokong langkah kerajaan memberikan lesen kepada syarikat Kumpulan Berjaya,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular