APCO: BN gagal berhujah, Anwar diheret ke Jkuasa Hak dan Kebebasan Parlimen
Sungguh pengecut…bacul Kerajaan BN kerana tidak mampu berhujah dan menjawab dakwaan Anwar Ibrahim berhubung isu 1 Malaysia yang dikatakan meniru 1 Israel hasil dari khidmat nasihat yang diberikan oleh syarikat perunding Zionis-APCO.
Macam budak kecil, tak pandai berlawan pergi minta tolong bapak dia settlekan. Gitulah BN yang akan menyerahkan usul membawa Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen esok atas alasan mengelirukan Dewan.
Siapa yang keliru dan siapa yang menipu. Nazri Aziz dan Najib kena jawab secara jantan bukan buat penafian sahaja. Khairy sendiri pun tak nafikan tapi sibuk kaitkan Anwar dengan Yahudi.
Seperti kata Mahfuz, tindakan ini juga jelas sebagai strategi menghalang Anwar menyertai perbahasan mengenai MEB yang dijangka panas dalam sidang akan datang.
Yang pasti mereka sudah lakukan kesilapan dan rakyat akan menghukum mereka.


Ulasan
Catat Ulasan