KES LIWAT ANWAR PATUT DI GUGURKAN KERANA TIDAK LOGIK AKAL
Oleh Noor Diana Mohd. Razis
PANDANGAN dari dunia luar yang menganggap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim adalah tidak relevan dan sepatutnya di gugurkan. Ia juga dengan mengambil kira keputusan pemeriksaan kesihatan yang telah di jalankan keatas Saiful Bahari oleh tiga orang doctor dari hospital swasta dan Kerajaan yang mana menyatakan tiada kerosakan atau koyak di bahagian “ekzos” Saiful.
Walaupun dengan keputusan pemeriksaan itu telah di perolehi, namun Kerajaan BN masih tidak berpuas hati dan mahukan suatu keputusan yang lebih “sedap” di dengar dan di baca yang akan memberikan impak yang besar kepada Anwar Ibrahim.
Kerajaan BN cuba meyakinkan kepada rakyat Malaysia dengan cara diplomasi dengan menyatakan bahawa biarlah mahkahmah yang menentukan kesahihan kes liwat Anwar. Kerajaan BN berlagak seolah-olah mereka berkecuali dan bersih.
Rakyat Malaysia amat maklum, mahkamah di bawah ‘taklukan’ Kerajaan politik BN. Kita tidak dapat menyalahkan mahkamah memandangkan setiap petugas mahkamah dari 'bawah' sehingga ke 'atas’ di bayar gaji mereka oleh kerajaan BN. Mustahillah mereka akan ‘makan tuan’ atau ‘menggigit tangan yang menyuap nasi kemulut mereka’ ? Sudah pastilah sikap kesetiaan kepada 'majikan' mempengaruhi selok-belok perjalanan kes dan sudah tentulah keputusan mahkamah pasti akan berpihak kepada “BOSS” mereka. Ini tidak mustahil.
Jika di imbas kembali terdapat keraguan keatas statement yang menyatakan ada semen dalam ‘ekzos’ Saiful berdasarkan laporan kesihatan terawal dari beberapa orang doctor. Namun bila ianya tidak lagi menjadi suatu kemustahilan sekiranya ‘musuh politik’ Anwar dengan kuasa yang penuh di tangan mereka mewujudkan bukti baru dengan mempergunakan kembali DNA Anwar yang telah di ambil pada tahun 1998. Malah, Saiful juga pernah memaklumkan kepada doctor yang memeriksanya, bahawa dia merasakan seperti ada bahan plastic tertinggal di ‘ekzos’nya.
Kita dapat merungkai suatu kesimpulan mudah mengenai kes Anwar ini dimana kita dapat melihat dengan sejelasnya bahawa kerajaan BN pada hari ini benar-benar dan begitu teruja untuk melihat karier politik Anwar yang menjadi igauan mimpi ngeri buat mereka musnah sama sekali. Puak-puak ini ingin melihat Anwar di sumbatkan kedalam penjara buat kesekian kalinya.
Bagi BN, selagi Anwar masih bernafas di luar penjara, selagi itulah tidur mereka tiada pernah lenanya kerana gangguan mimpi-mimpi buruk ‘kehilangan kuasa’ yang tiada pernah putusnya. Selagi Anwar masih bebas bergerak di luar penjara, selagi itulah trauma dan ketakutan menemani hidup mereka siang dan malam.
Lihat sahaja bahana PRU12 yang di jalankan setelah Anwar di bebaskan, Negara telah mengalami suatu anjakan semangat reformasi yang ulung maka terhasillah gelombang tsunami politik yang mana melihatkan kejatuhan beberapa negeri ke tangan Pakatan Rakyat.
Kita juga dapat melihat beberapa ‘kuasa-kuasa besar’ seperti Samy Vellu, Sharizat Jalil, Koh Tsu Koon dan beberapa orang lagi tersungkur di kawasan yang telah lama mereka wakili. Merekta tersungkur dan tersembam dengan penangan kepimpinan Pakatan Rakyat. Beberapa siri PRK yang di jalankan hanya dua kawasan sahaja yang bertahan kepada BN, malah satu kerusi milik BN di Kuala Terenganu sebelum itu di rampas oleh Pakatan rakyat. Rentetan aura reformasi inilah yang menyebabkan kepimpinan BN, ‘makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah’. Maka kerana itulah Anwar harus di ‘check-in’ kan kembali ke dalam penjara. Kerana itu jugalah BN bertekad untuk menghapuskan karier politik insan yang bernama Anwar Ibrahim.
Tidak cukup dengan kes fitnah ke-2 ini, isteri, anak-anak dan keluarga Anwar juga di heret kekancah pengaiban. Di ceramah-ceramah yang di hadiri oleh ahli keluarga Anwar, di edarkan risalah-risalah yang mengaibkan Anwar. Di mana letaknya peri-kemanusiaan insan-insan ini ? Hilangkah sudah pertimbangan mereka sebagai seorang manusia sehingga tergamak melakukan sesuatu yang bersifat kebinatangan demi kuasa yang mereka dambakan?
Ambil contoh Ibrahim Ali yang bermati-matian menafikan cerita bahawa dia adalah salah seorang pemegang saham judi. Sehingga Ibrahim Ali bersumpah dengan menyebut 'nama Al-Qur'an' dalam dewan Parlimen dan ingin mengemukakan saman malu pada orang yang mengeluarkan cerita ini. Ini baru kes saham judi, sudah dia melenting tak ketentuan. Kalau Ibrahim Ali di tempat Anwar ? Mungkin dia bisa di serang sakit jantung barangkali !
Terlalu banyak misteri dalam pentadbiran kerajaan BN hari ini. Misteri kematian dan pengeboman Altantuya, misteri kehilangan enjin jet tentera, misteri kewujudan semen Anwar dalam ekzos Saiful, misteri kematian Teoh Beng Hock dan beberapa siri lagi misteri-misteri yang boleh di kategorikan ‘doubt around the circle’.
Suatu perkara, kita mungkin lepas di dunia, ingatlah suatu perkara, kita pasti tersangkut di akhirat nanti. Fikirkanlah.
Ulasan
Catat Ulasan