Tamrin & Muqayyam' DPPWM Di Taman Negara

Alhamdulillah DPPWM telah berjaya menganjurkan Program Muqayyam & Tamrin di Taman Negara Kuala Tahan pada 22 hingga 24 Januari yang lalu. Kami mula berkumpul di Suarau Nurul Muttaqin pada jam 2.45 ptg. Bas yang membawa rombongan kami mula bergerak pada jam 4.00 petang. Menjelang jam 8.00 mlm kami tiba di Kuala Tahan.
Walau terpaksa menempoh 4 jam perjalanan tetapi kami semua bersemangat untuk menjalani program ini.
Wajah2 sebahagian dari peserta program sebelum bertolak ke Taman Negara.
Suasana dalam bas.
Banner program yang direntang di belakang bas mengundang tarikan kepada kenderaan 2 lain.
Selamat tiba di Kuala Tahan. kami mula memunggah beg dan peralatan kedalam kenderaan pacuan 4 roda.


Sedang "check in " dalam " banglo" masing2.
aktiviti pertama lepas check in........ SOruuuu, patuk, Taam, heeeeeeee, punya la sedap hidangan makan malam tu , ditambah pulak perut yang dah dihinggut lama dalam bas. Hampir tiada sisa makanan yang kami tinggalkan dalam pinggan.. Makan malam pertama dan makan tengahari pertama kami kontrakkan kepada restoren LBK ni. Bukan kami malas masak, Nak jugak rasa selera air tangan orang Kuala Tahan .

Bengkel program pertama bermula jam 11 mlam. Kelihatan Ybhg Ustaz Abduh selaku pengarah program merangkap Ketua Lajnah Tarbiah sedang memperkatakan sesuatu.



Kuliah pertama program disampaikan oleh Ybhg Ustaz Hj Nafiri Timbalan YDP Kuala Krau Pahang. Walaupun malam tadi kami terlelap hampir jam 3 pagi, tapi Alhamdulillah semua peserta segar mengikuti lontaran ilmu yang disampaikan.

Tanda terima kasih kami, Timbalan Ketua Pemuda DPPWM sdr Izamudin menyampaikan saguhati kepada Ustaz.
Menaiki bot untuk ke Bukit Terisek dan canopy walk Taman Negara.
Ustaz Abduh memulakan pendakian kami ke Bukit Terisek dengan doa.

Bergambar di hentian ke 2 diatas Bukit Terisik setinggi +400meter
Sdr Salehuddin menyampaikan snow cap PAS yang dipakainya kepada petugas di atas canopy walk, setelah diminta sebagai kenang2an. Terbukti lambang PAS masih ditagih sehingga ke dalam hutan Taman Negara ini.
Menikmati kesegaran air mineral semula jadi terus dari anak sungai ini, setelah lebih 2 jam menitiskan keringat menikmati keindahan Taman Negara.

Petangnya kami bergerak ke perkampungan orang asli.

Diperkampungan orang asli suku batik. kelihatan Sdr Kapak dan rakannya sedang menunjukan cara2 membuat peluru sumpit.
Sdr Kapak , 15, sedang mengadakan demontrasi menghidupkan api menggunakan rotan kering dan kayu cendana.
Suasana perkampungan suku Batik di Kuala Tahan.
Bergambar bersama ketua keluarga Tok Pa We (berbaju kuning) . Beliau mendakwa dilahirkan sebelum jepun menyerang Tanah Melayu. Soalannya, berapa umur Tok Pa We sekarang ? Jawab, jangan tak jawab.
Penceramah jemputan ke 2, ustaz Fadzli Yusof menyampaikan kertas kerja bertajuk "Wala Wal Bara' "
Bergambar bersama kabus biru keungguan. suatu keajaipan yang tak semua orang boleh dapat di waktu pagi di Taman Negara.. heeeeeeeee
Terima kasih kepada Setiausaha PAS kwsn Wangsa Maju, Sdr Abdul Majid Abdul Kadir yang turut menyertai program ini dari awal hingga tamat.
Sdr Ayahanda Darun Najah sedang berdiskusi ilmunya.
Cukup bersemangat Sdr Juki Al istana Budayai, menghuraikan tugasan yang diberikan kepada kumpulan beliau.Majlis Perasmian penutup proram disempurnakan oleh Ybhg Timbalan Ketua Pemuda PAS kawasan Wangsa Maju, Sdr Izamudin Bin Ludin.
Peserta proram sedang bersiap untuk menaiki bot untuk pulang.


2 jam perjalanan dengan bot dari Kuala Tahan ke Kuala Tembeling menyebabkan Syeikh Juki tewas dengan tarikan bulu matanya.Tiba di Jeti Kuala Tembeling.
Pemandu bot enggan menyerahkan bendera dan lambang PAS yang kami ikat di bot beliau. katanya jangan sesiapa berani buka bendera itu. Biarkan disitu sampai lusuh sendiri. Lihat lah sahabat sekelian, betapa masyarakat disini menyambut baik kehadiran Bulan Purnama. Kalau orang yang tinggal di hutan dan hulu sungai pun tertarik dengan PAS, malulah kalau ada lagi spesis makhluk di kota metropolitan yang takut dengan lambang Bulan Purnama ini.

lagi gambar- gambar menarik di SINI

Ulasan

  1. bagusnya tgk korang dapat pergi.. :)

    BalasPadam
  2. Huhuh... sedihnyo tak dapat G.. sedih bangat-bangat. Rindu tengok sahabat-sahabat

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular