Penglibatan Nisa WM di Konvensyen Nisa Wilayah

DPPWM merakamkan ucapan Tahniah kepada Nisa Wilayah Persekutuan yang telah menjayakan Konvensyen pada 10 Januari 2010 yang lalu.
DPPWM juga tumpang berbangga dengan penglibatan Nisa Wangsa Maju yang turut mewarnai majlis.

Gambar atas : Timbalan Ketua Nisa Wangsa Maju yang turut beraksi dipentas utama.
Gambar bawah : SU Nisa WM sedang khusyuk mendeklamasi puisi .
berita lanjut DISINI

Dinukilkan Teks Puisi yang telah dideklamasikan pada hari tersebut .

Seindah Bidadari Syurga ..


Aduhai bidadari syurga...
Mendengar lagu dan membaca hikayat kalian membuatkan aku tertanya-tanya.
Mampukah aku menjadi seperti kalian?
Layakkah aku berdiri di sisi kalian?
Sedangkan perjuangan ku tak tersaing dengan kalian dan
kehambaanku tak sehebat pengabdian kalian…..
Riwayat bidadari syurga, menambat hatiku pada Yang Esa…

Al-Khansaa` berpuisi pada putera-puteranya:
“Wahai putera-puteraku,
Jika kamu bangun esok pagi
Keluarlah memerangi musuh-musuh Allah
Dan keranaNya, kamu akan mendapat kemenangan.”
Begitulah Al-Khansaa`
Tidak diratapi putera-puteranya yang gugur
Tidak disesali putera-puteranya yang syahid…

Iman dan taqwa ini
Begitu menusuk jiwanya
Hingga pujukan ayahnya
Gagal melenturkan hatinya
Ayahnya Musyriq
Suaminya Nasrani
Wahai Ramlah,
Kesabaranmu diganjari Allah
Ayahmu menjadi muslim
Dan suamimu kini Rasulullah S.A.W..

Tanpa gentar engkau berjuang
Penuh megah kau julangi panji-panji Islam
Wahai Nasibah
Engkau adalah lambang
Kegagahan seorang wanita…

Yang bijak, yang anggun
Yang tegas, yang lembut
Dirimu pelengkap sifat wanita
Kesetiaanmu pada Uthman tiada tandingan
Wahai Nai`lah Al-Farafishah
Engkaulah hiasan sebaik permata….

Pengorbanan Saudah yang tak ternilai harganya…
Mengutamakan yang lebih utama di hati Baginda
Walau dirimu berendam air mata…
“Wahai Rasulullah, biarkan aku terus menjadi isterimu
Kerana kedudukan itu
Lebih mulia dari seorang janda”…
Mulianya hatimu wahai Suadah binti Zam` ah….

Hafsah bin Umar…
Dalam kelemahan sebagai manusia
Masih ada ruang memohon ampunNya
Kau satukan helaian wahyu
Kalimah yang agung
Menjadi lembar pedoman turun temurun

Rumaisa
Kau sedar setiap anugerah itu adalah pinjaman
Penuh redha engkau terima
Setiap kau miliki bukanlah milikmu yang hakiki
Tiba masa harus kembali pada yang haq
Walaupun yang dikembalikan itu
Adalah anakmu sendiri….

Ulasan

  1. kawe xpaham? gapo dio yg demo ingin sampaikan

    BalasPadam
  2. kawe xpaham? gapo dio yg demo ingin sampaikan

    BalasPadam
  3. Nriabeaf-ze Christine Jones click
    bairakeldi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular