Ismail Sabri : Harga Gula Mungkin naik lagi




KUALA LUMPUR: Tiada jaminan harga gula akan kekal pada RM1.65 sehingga hujung tahun ini selepas penarikan subsidi sebanyak 20 sen yang berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, sebarang kenaikan selepas ini akan dibuat selepas memproleh persetujuan Kabinet.

Katanya, kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga bahan makanan itu.

"Buat masa ini harga gula kekal seperti yang diumumkan sebelum ini, namun begitu saya tidak dapat memberi jamiman harga tersebut tidak akan dinaikkan untuk dua ke tiga tahun akan datang.

"Sebarang kenaikan kita perlu berbincang di peringkat Kabinet sebelum membuat sebarang kenaikan harga," katanya ketika ditemui selepas memberi taklimat kepada Exco Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno mengenai subsidi kerajaan di sini hari ini.

Pada 1 Januari lalu, kerajaan menarik subsidi gula sebanyak 20 sen menjadikan harganya kini RM1.65 sekilogram di Semenanjung manakala di Malaysia Timur berharga RM1.75 sekilogram.

baca lagi [click here]...

Ulasan

Catatan Popular