Gereja Di Bakar

Islam tak pernah mengajar penganutnya melakukan dengki khianat sesama manusia walaupun mereka itu tidak mengakui Allah swt itu sebagai tuhan mereka. Mereka tidak menyembah Allah swt akan tetapi Islam melarang melakukan sebarang 'provokasi' secara mental atau fizikal. Ada cara dan adapnya untuk berhadapan dengan mereka. Itu yang Nabi saw tekankan kepada umatnya. Walaupun dalam perang, tetap ada peraturannya. Tak boleh main 'belasah' je. Kecuali mereka yang TG Presiden gelar 'mereka yang bodoh dan bangang' terhadap agama mereka sendiri. Mereka yang saya sifatkan hanya melaungkan sayang Allah swt dan Rasulullah saw tetapi hanya dimulut atau boleh saya sifatkan untuk kepentingan tertentu. Sesiapa yang bergerak dengan jemaah Islamiah pastinya tahu batas-batas perjuangan kerana ini memang ditekankan di dalam usrah. Nak tanya sikit pada pejuang bangsa, ada ke usrah dikalangan ahli kamu? Ke faham tak apa itu usrah? Bagaimana nak pertahan Allah swt dengan berdemo di siang hari tapi kemudiannya luluskan pulak lesen kelab malam. Hoi UMNO bahalol, kalau setakat nak tunjuk sayang kat Allah swt tapi syariat mu tolak, yahudi lebih beriman daripada kamu. Jadi saya sifatkan perbuatan membakar gereja baru-baru ini adalah semata-mata strategi terbaru oleh puak-puak yang perjuangkan politik perkauman secara sempit untuk meraih kembali sokongan undi melayu.


Atau tak salah kalau saya katakan ada pihak cuba untuk mengulangi Peristiwa 13 Mei.........Wallahualam. Jom layan gambar-gambar disini

Ulasan

Catatan Popular