Beginilah suasana mahasiswa Azhari dan juga mahasiswa dari Fakulti Perubatan yg sudah cenderung untuk mengenakan pakaian jubah sempena untuk menyambut Hari Raya Aidul Fitri.

“"Jika memandu kita perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, maka hidup di dunia juga tentulah perlukan lesen. Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen"”
“"Bila kita membeli di kedai, kita tukarkan duit dgn barang.Namun, sedarkah bila kita laburkan duit utk kebaikan, seperti kita membeli pahala dgn duit kita. Walaupun pahala ini benda yg tidak nampak, tetapi itulah duit kita diakhirat"”
“"Islam tak boleh lari dari ceramah dan menerang. Bahkan betapa serius kewajipan itu ditukar dgn 2 rakaat zohor. Ertinya ceramah ini wajib. Dimasjid, namanya khutbah. Dipentas, namanya ceramah. Semuanya utk menerangkan Islam"”
““"Benih dijaga begitu elok utk menghasilkan tanaman yg bermutu, kenapa tidak ‘benih tamadun’ iaitu manusia? Lantaran itu, didiklah anak-anak dgn jagaan iman dan taqwa kerana dari ‘benih’ inilah akan lahir tamadun ummah"””
“"Jika kereta rosak, mekanik yg membaikinya. Jika manusia bermasalah, Pencipta manusia itulah yg perlu dirujuk. Pelik manusia yg mengaku Allah sebagai Tuhan tapi enggan merujuk kpd syariat Allah bila berdepan masalah"”

BUTTERWORTH: Barisan Nasional (BN) tidak akan membuat sebarang janji atau tawaran bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika memutuskan untuk bertanding.
Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata, tidak ada bajet untuk menaik taraf jalan, membaiki atau membina surau baru atau dewan serbaguna dalam kawasan berkenaan.
"Kita telah hapuskan semua (janji) ini kerana kita tidak mahu pengundi mengambil kesempatan terhadap kita.
"Bagaimanapun kita akan melakukan semua (pembangunan) itu jika mereka menunjukkan keikhlasan dalam menyokong BN dan seterusnya mengembalikan Penanti," katanya kepada The Star semalam.
Abdul Jalil berkata, BN telah mendapat pengajaran daripada taktik kotor pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang menasihatkan kepada ahli dan penyokong mereka untuk meminta sesuatu kepada kerajaan tetapi sebaliknya memberikan undi kepada pembangkang.
"Kita mahu berterus terang dan bersih kali ini, tiada lagi janji seperti sebelum ini dan kami akan tunjukkan komitmen dan keikhlasan kami jika anda memberika sokongan kepada kami melalui undian," katanya.
Mengulas mengenai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman, Abdul Jalil berkata, pemilihannya jelas menunjukkan penasihat parti itu mengamalkan sistem nepotisme kerana memilih bekas setiuasaha politiknya semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri sebagai calon.




















Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah (foto), antara pemimpin peringkat awal parti itu ditubuhkan, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti jika pilihan raya kecil diadakan.Beliau mahu bertanding sebagai calon Bebas. “Sama ada Barisan Nasional bertanding ataupun tidak, saya akan bertanding di DUN Penanti,” kata beliau yang juga bekas Exco Wanita pusat PKR. “Saya terpanggil untuk bertanding… saya sudah membuat keputusan untuk bertanding,” kata beliau yang telah keluar PKR pada 15 Julai 2007. Beliau menyertai PKR pada 1998 ketika itu dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan). Aminah juga merupakan bekas Ketua Wanita Bukit Bendera sehingga 2007, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang selama tiga tahun sejak 2004 dan Exco Wanita Pusat mulai 2005. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat esok bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil DUN Penanti yang kosong ekoran penyandangnya meletakkan jawatan Khamis lalu.
