KALAU UMNO BUAT KEPIMPINAN ULAMA???

Di awal pemerintahan Pak Lah menjadi PM, islam Hadhari di masyhurkan sehingga Terengganu yang berada di bawah pemerintahan PAS berjaya dirampas balik oleh UMNO, juga Kelantan terlalu hampir untuk bertukar tangan.

Ketika itu, ramai pengkaji-pengkaji beranggapan, istilah Islam yang digunakan oleh Pak lah, disamping imej ”Mr Clean” yang dimainkan media, juga faktor Pak Lah Cucu Tok Guru Haji Fahim ternyata berjaya memporak perandakan PAS.

Kini, setelah aku membaca istilah ”kepimpinan ulama” yang dimainkan, kadangkala aku terfikir sesuatu. Aku terfikir, kalau satu masa nanti, UMNO mengambil sikap untuk melantik Ustaz Nakhoi sebagai Presiden UMNO, Ustaz Firdaus sebagai Ketua Pemudanya dan Dr Mashitah sebagai Ketua Wanita.

Dan ketika itu, Ustaz Nakhoie melancarkan bentuk kepimpinan baru yang dinamakan sebagai Kepimpinan Ulama.

Padaku, semua itu tidak mustahil. Sebab, sebelum naiknya Pak Lah Badawi pun, tiada siapa yang menyangka UMNO yang syirik itu mahu menggunakan ”islam Hadhari” sebagai moto menarik pengaruh mereka.

Aku befikir lagi, jika UMNO menggunakan ”kepimpinan Ulama”, apakah yang PAS patut lakukan ketika itu???

Jika mahu menyatakan, UMNO sedang buat ”wayang kulit” dengan istilah tersebut, dirasakan rakyat agak kurang boleh menerima dengan apa yang nyatakan, kerana ternyata Presiden UMNO ketika itu adalah orang yang berkelulusan dalam bidang agama.

Aku berfikir lagi cara untuk menghadapi keadaan itu. tapi tidak berjumpa juga jawapan yang konkrit.

Fikir punya fikir, aku teringat kaedah mantiq menyebut;

”Ta’rif yang kuat adalah ta’rif yang jami’ dan Mani’”

Jins, Nau’ dan Fasl perlu letakkan pada tempatnya. Jangan jins diletakkan pada tempat Nau’, atau Nau’ diletakkan pada tempat Fasl. Atau, Fasl diletakkan pada tempat Nau’ dan Jins dan seterusnya.

Padaku, kepimpinan ulama adalah seperti kita meletakkan Fasl pada tempat Jins, yang sudah pasti ianya tidak konkrit.

Sekian

p/s : biarkan istilah Jins, Nau’ dan Fasl difahami oleh orang yang memahami sahaja. Kepada mereka yang tidak memahaminya, harap maaf. Sengaja tidak diterjemahkan dan ditafsilkan, kerana ianya untuk mereka yang bergelar ulama sahaja.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
http://g-82.blogspot.com/

ustaz_bakistani@yahoo.com



- Sri Indah (B), Sg Buloh
29 april 2009 * 1:25 petang

Ulasan

  1. Assalamualaikum,
    Mustahil UMNO boleh 'buat kepimpinan ulama'. Kamu kenal siapa ulama? Dalam UMNO, ada ke ulama? Maksud aku, ulama rabbani; ulama suu' atau ulama jahat adalah dalam UMNO. Ulama suu' tidak boleh menjadi pemimpin atau khalifah.
    'Al-ulama'warasatulanbia'. Ulama warith para Nabi. Aku berani bertegas tidak ada Nabi, lebih-lebih lagi Nabi Muhammad Rasulullah tidak sekali-kali tergamak mengaku yang ulama UMNO itu warith baginda, kerana ulama UMNO semuanya ingkar akan Perintah Allah dan Perintah Rasul. Ulama UMNO sentiasa bersubahat dan bersekongkol dengan Pemerintah Negara yang tidak mentaati Perintah Allah dan tidak mentaati Perintah Rasul.
    Aku mohon ampun kepada Allah SWT dan mohon izin untuk aku 'berlakon secara live': "Wahai Nakhaei Ahmad, Hamid Othman, Noh Gadut, Harussani Zakaria, Masitah Ibrahim, Abdullah Mat Zin, Jamil Khir Baharom, Ismail Ibrahim, Dusuki Ahmad, Abdul Hamid Zainal Abidin, Zainal Abidin Sakom, Yusuf Hussain, Syed Akbar Ali, Saodah AbdulRahman, Munir Yaacob, Ibrahim Azmi (dan beberapa syayatiin yang lain), kamu semua tidak layak mengaku kamu warith Nabi; aku yakin Nabi akan menempelak kamu dengan pertanyaan sekira-kira begini:"Tergamak kamu mendakwa kamu warith aku! Tidak! Kamu bukan warith aku, tapi kamu warith syaitan! kerana kamu tidak pun mengikut sunnahku!"
    Kesimpulannya: Ulama UMNO merupakan warith syaitan.

    BalasPadam
  2. Tanya ustaz sikit,

    Dalil mana yang menyatakan UMNO kerajaan syirik?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular