30 Mac 2009

Laporan lintas langsung pencalonan di Bukit Gantang
chedet30 Mac 2009 0 Komentar






Ahmad Lutfi,Tarmizi, Irwan & Intan
Sun | Mar 29, 09 | 7:07:06 am MYT

KUALA LUMPUR,29 Mac (Hrkh) - Hari ini akan menentukan sejauhmana langkah semua calon dalam menentukan hala tuju di Bukit Gantang. Berikut adalah lintas langsung yang dibawa oleh wartawan-wartawan Harakah yang berada di lokasi berkenaan:

1.45 petang: Dalam penelitian Mafrel, senarai nama pengundi untuk pilihan raya kecil Bukit Gantang didapati agak meragukan kerana wujud beberapa nama yang telah lama meninggal dunia.

Antaranya, seorang pemilih, Kassim Md Amin yang lahir pada 8/07/1916 telah disahkan meninggal dunia 36 tahun lalu oleh anaknya Rohani Kassim. Manakala, seorang lagi pengundi Che Man Said yang lahir pada 9/11/1912 juga disahkan telah meninggal dunia lapan tahun lalu oleh cucunya.

Kini, yang menjadi kemusykilan kenapakah nama-nama mereka masih lagi tersenarai sebagai pemilih di Bukit Gantang?


11.20 pagi: SPR terima tiga pencalonan iaitu daripada PAS,BN dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Walaupun ada tiga bantahan tetapi SPR telah menolaknya.

11.00 pagi:Pegawai SPR,Dato' Mahmud Marsidi mengumumkan masa bantahan telah ditutup.

Wartawan Harakah,Intan Abdullah dihalau daripada memasuki kawasan Penamaan Calon walapun mempunyai surat sebagai pengiring calon PAS.

Karpal Singh yang baru tiba telah diprovokasi oleh penyokong Umno sehingga dibaling dengan beberapa objek.

10.45 pagi: Suasana agak tegang di kalangan penyokong Umno-BN, apabila mereka bergaduh sesama sendiri. Ini telah memaksa pihak polis terpaksa campur tangan untuk meleraikannya.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah tamat. Masa bantahan bermula dan borang calon-calon mula dipamerkan.

9.20 pagi: Pihak polis menghalang Ir Khalid Samad, Gobind Singh Deo dan Ronnie Liu daripada memasuki kawasan Pusat Penamaan Calon.

9.15 pagi: Seorang calon bebas, Kamarul Ramizu Idris tiba di kawasan dewan penamaan calon.

9.00 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Nizar telah masuk ke dalam Pusat Penamaan Calon.

Suasana di luar agak meriah dengan sorakan kedua-dua penyokong. BN kelihatan seramai antara 3,000-4,000 orang manakala Pakatan Rakyat menengelami penyokong BN dengan lebih 12,000 ribu orang.

Kelihatan juga replika kapal selam dan laungan "hancur BN, Altanyuya dan takbir" kedengaran sepanjang proses penamaan ketika ini.

8.40 pagi: Calon PAS, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, tiba di Pusat Penamaan Calon bersama-sama dengan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang;Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad dan Speaker Dun Perak, Sivakumar.

8.35 pagi: Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din; Ustaz Mujahid Yusof Rawa dan Ir Abdul Khalid Samad kelihatan di Pusat Penamaan Calon.

Suasana sekitar dikawal ketat oleh pihak polis. FRU kelihatan dan helikopter berlegar-legar di kawasan tersebut.

8.30 pagi:Lebih 100 staf Harakah dan penyokongnya mencuri tumpuan dalam perarakan tersebut apabila membawa sepanduk,kain rentang sertai memakai baju 'T' yang tertera kata-kata bantahan terhadap tindakan KDN yang menggantung akhbar Harakah tempohari.

Perarakan staf Harakah tersebut diketuai oleh Ketua Pengarang Kumpulannya, Ahmad Lutfi Othman dan kakitangan editorial.

Menurut Lutfi, mereka telah bertolak seawal tengah malam tadi daripada ibu pejabat Harakah di Jalan Pahang untuk berada bersama kumpulan perarakan pada pagi ini.

"Bantahan ini adalah untuk menunjukkan betapa ruangan-ruangan demokrasi makin ditutup oleh pihak pemerintah.

"Dan warna hitam yang menjadi latar pakaian kami serta kain rentang pagi ini melambangkan suasana gelap mula menyelubungi ruang-ruang kebebasan akhbar negara ini,"jelasnya semasa dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

8.00 pagi: Perarakan ke pusat penamaan calon, Majlis Perbandaran Taiping bermula.

Petugas dan penyokong PAS selain berarak turut sama membantu mengawal lalu lintas agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Perarakan turut disertai penyokong KeADILan dan DAP.

7.45 pagi:Solat hajat selesai diadakan.

6.45 pagi:Polis sudah mengawal lalu lintas seawal jam 6 pagi. Bandar Taiping mula sesak dengan kenderaan yang kebanyakkannya membawa bendera PAS.

Dianggarkan lebih 10,000 penyokong PAS sudah berada di kawasan sekitar Masjid Daerah Taiping. 6.30 pagi: Para penyokong PAS sudah mula berkumpul seawal jam 2 pagi di pekarangan Masjid Daerah Taiping (Masjid Jambu). Perarakan dijangka akan bermula jam 8 pagi selepas solat hajat diadakan. - mks.

27 Mac 2009

JOM Joint DPPWM ke Bukit gantang Sabtu 28 Mac 09
chedet27 Mac 2009 0 Komentar

Lihat lah kemeriahan Suasana PRK Bkt Gantang yang di petik dari http://www.politikbanjar.blogspot.com/

Kepada para sukarela & petugas yang mahu bersama konvoi DPPWm ke Bukit Gantang esok 28 Mac 2009, sila hubungi Sdr Rashidi 0132160730 atau Sdr Izamuddin 0193697792

















26 Mac 2009

Himpunan ISA atasi demontrasi bantah PPSMI
chedet26 Mac 2009 0 Komentar

BESUT, 26 Mac (Hrkh) - Imej kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tercalar lebih teruk lagi dengan himpunan lebih besar rakyat bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Rakyat akan mengulangi perhimpunan 7 Febuari lalu, namun lebih hebat berbanding demontrasi aman tersebut membantah pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Bagaimanapun himpunan besar yang akan terus mengaibkan kerajaan BN mungkin dibatal sekiranya ISA dimansuhkan sebelum Jun hadapan.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sekiranya kerajaan mahu mempertahankan akta zalim tersebut, satu perhimpunan bakal dihadiri lebih setengah juta rakyat Malaysia akan diadakan di ibu negara.

Katanya, perhimpunan itu akan disertai semua parti dalam Pakatan Rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), isteri mangsa-mangsa ISA dan mereka yang bersimpati.

Bagaimanapun katanya tarikh perhimpunan raksasa tersebut belum lagi diputuskan.

"Sekiranya kerajaan bersetuju memansuhkan akta tersebut sebelum tarikh yang dicadangkan, perhimpunan besar-besaran membantah ISA akan dikaji semula," katanya pada ceramah di Kampung Gong Penaga, dekat sini baru-baru ini.

Sebelum ini isteri mangsa ISA, Norlaila Othman memberitahu perhimpunan tersebut dirancang sejak tahun lalu.

Isteri kepada Mat Sah Mohd Satray yang dikurung sejak tujuh tahun lalu berkata, perhimpunan terbabit merupakan penentangan rakyat secara terbuka terhadap ISA.

GEMPAR !!! HISHAMMUDIN DI CABUL
chedet 1 Komentar


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein yang akan bersara , tiba-tiba sahaja di dakap erat oleh seorang wanita dikhalayak ramai tanpa rasa malu atau segan.

Ya, Hishamudin kelihatan sebak ketika dipeluk oleh seorang wanita. Tidak lain dan tidak bukan ; ibunya sendiri Toh Puan Suhaila Tan Sri Mohd Noah selepas beliau menyampaikan ucapan dasar pada persidangan perwakilan pergerakan itu sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra peetang tadi , 24 Mac 2009.

Aku Tak Kisah Petualang Mana Pun Menang!!
chedet 0 Komentar


Oleh: pendikar gunung kriang

Aku tak kisah siapapun menang
aku tak ingin tahu siapapun menang
biar mereka main kejar-kejar sesama mereka
kerana siapapun menang dia tetap petualang
lalu mengapa aku perlu peduli siapa menang?

Ini pertarungan polong dan puaka
siapa pun menang taring mereka pasti hisap darah kita
siapa pun menang kakinya tetap memijak kepala kita
siapa pun menang tidak menjanjikan apa-apa untuk anak-anak kita
mereka hanya ingin ubah nasib anak menantu mereka
mereka hanya ingin ubah nasib kroni-kroni mereka
kerana mereka selalu diyakinkan ini negara mak bapa mereka
jadi mengapa aku perlu tahu siapa menang
siapa pun menang tidak penting untuk anak-anak aku
siapa pun menang tidak penting untuk rakyat negaraku
siapa pun menang tidak penting untuk agama dan bangsaku.

Aku tak kisah siapa menang
siapa pun menang suatu hari dia pasti tenggelam
hanyut bersama kapal yang hampir karam
kapal tua setengah abad berjenama UMNO yang reput dan gayut
lalu mengapa aku perlu peduli siapa menang?

Aku tidak kisah pun siapa menang
siapa menang pun tiada jaminan C4 tiada diletupkan
kerana siapa pun menang seorang Najib tetap Rajanya
kerana siapa pun menang suara rakyat tetap dinafikan haknya
kerana siapa pun menang dia adalah petualang
lalu aku tidak ingin tahu petualang mana menang
petualang mana pun menang tidak penting untuk siapa-siapa.

Aku tidak ingin tahu petualang mana menang
kerana aku hanya ingin tahu mereka kalah
kerana aku hanya ingin tahu
bila keris berkarat itu disemadikan selamanya!!

http://pendikargunung.blogspot.com/

25 Mac 2009

Najib Abdul Razak: Para Pejuang Rakyat Menunggumu 2
chedet25 Mac 2009 0 Komentar

oleh:Drag Super Star (http://dragsuperstar.blogspot.com/)

Najib Abdul Razak, kemungkinan besar kamu akan menjadi PM yang ke-6. Kemungkinan besar anda akan Presiden Umno yang terakhir. Ya semuanya berkemungkinan besar. Belum sempat kamu menjadi PM, diri kamu telah dicemuh oleh semua rakyat Malaysia. Tidak pernah dalam sejarah realiti negara kita, TPM yang bakal menjadi PM dirinya telah dibenci dan dianggap musuh oleh rakyat Malaysia.
Apa silapnya? Silapnya kerana Najib tidak pernah mahu mendengar suara, rintihan rakyat. Silapnya kerana NAJIB SUKA BERSUMPAH. Silapnya kerana isterinya Rosmah suka membeli - belah di luar negara. Silapnya kerana merampas kerajaan rakyat di Perak tanpa mengikut peruntukan undang - undang dan terlupa undang - undang itu wujud.
Sekarang lihatlah bahananya. Najib lupa, Umno dan Bn hampir hilang kuasa akibat kesombongan Pak Lah yang tidak mahu mendengar suara rakyat. Dahulu pada zaman Tun Dr. Mahathir, blog - blog tidak wujud pada zaman pemerintahan beliau. Kesedaran pada waktu itu baru bermula. Pada zaman Pak Lah, rakyat memberi peluang kepadanya setelah mereka merasakan agak sedikit lega setelah undurnya Tun. Apabila menang besar, Pak Lah menjadi angkuh dan sombong, tidak mahu mendengar jeritan rakyat. Akhirnya blog - blog yang anti beliau telah wujud dengan begitu banyak. Sekarang giliran Najib menerimanya.

Gambar sekadar hiasan: tiada kena mengena dengan orang yang sokong atau membenci najib. tapi kalau ada orang yang  nak kata macam "Najib", itu diluar kuasa penulis..


Benar, Najib boleh membuat apa sahaja. Tapi Najib kena ingat. Sebarang tindakan yang menekan rakyat dan juga pejuang rakyat akan membawa bahana kepada Najib dan Umno. Umno dalam keadaan yang cukup tertekan. Umno akan menggunakan polis, SAMSENG - SAMSENG BACUL, dan jangan terkejut jika pihak tentera digunakan.

Bagi pendapat saya, gunalah. Gunalah polis, tentera, dan samseng - samseng taik kucing ini. Rakyat sudah tidak gentar. Sila tanya FRU - FRU di Perak dan Kuala Lumpur. Apa perasaan mereka apabila diasak oleh puluhan ribu rakyat. Rakyat sudah tidak gentar untuk menerima pukulan belantan yang datang secara berdepan. Buat samseng - samseng Melayu yang sengal dan tak pakai otak, kerja kamu semua memang suka menyerang dari belakang kerana anda semua penakut dan bacul. Tanya kepada kepala samseng macam yahudi mabuk di Perak baru - baru ini. Apa perasaan dia apabila berdepan dengan ratusan rakyat Perak yang berani sahaja berdepan dengan dia sehinggakan si kepala samseng yang macam yahudi mabuk ini terpekik terlolong meminta tolong.

Jadi Najib, anda telah memulakan gendang perang. Terlalu awal Najib kerana saat ini rakyat telah meluat dengan perangai busuk kamu. Kamu buatlah apa sahaja. Tapi ingat!!

Kamu mulakan...Rakyat Malaysia akan tamatkan!! Kami akan memburu sahaja apa tindakan anda. Kami akan berhimpun di mana saja. Kami tidak gentar dengan kamu Najib!! Kami menunggu umpama Hamas menunggu peluru bacul daripada Zionis dan kamu adalah Zionis Malaysia!!.

24 Mac 2009

Taman Ria jaya Sungai Petani:Tinggal kurang seminggu menjelang hari penamaan calon Bukit Selambau, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan himpunan hampir 5,000 orang di Sungai Petani, yang datang untuk mendengar ceramah Ketua Umum Pakatan Rakyat.


BANTU... Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din (kiri) membantu seorang penyokong Pakatan Rakyat dan PAS yang terkena gas pemedih mata ketika tindakan Unit Simpanan Persekutuan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah malam tadi.



Lebih 18 penyokong Anwar dan orang awam dilaporkan telah ditahan dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Muda.

Mereka termasuklah beberapa pembantu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan ketua staf Anwar, Ibrahim Yaacob.

Exco Kerajaan Selangor, Dr. Xavier Jeyakumar yang dipetik Malaysian Insider berkata, "saya sangat marah kerana FRU menggunakan air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan 5,000 orang yang berhimpur untuk mendengar ucapan Anwar."

Ketua PKR Bahagian Merbok, Datuk Rashid Din ketika dihubungi mStar Online pula mengesahkan sejumlah penyokong dan orang ramai ditahan dalam tindakan FRU itu.

"Mereka yang ditahan telah dibawa ke IPD Kuala Muda," kata beliau kira-kira pukul 11.50 malam tadi.

Penamaan calon kerusi Bukit Selambau diadakan Ahad ini manakala pengundian dijadual 7 April.

Bagaimanapun calon Pakatan Rakyat kerusi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, S. Manikumar menafikan beliau turut ditahan.

Manikumar ketika dihubungi berkata: "Saya OK, saya OK... saya berada dalam keadaan baik."

Kata beliau, beberapa pemimpin Pakatan Rakyat memang telah ditahan termasuk dari PKR dan DAP.

Jelas beliau, segala-galanya bermula apabila Anwar mula menyampaikan ucapan sempena majlis pelancaran bilik gerakan Pakatan Rakyat dan PKR di sini malam ini.

"Sebaik sahaja Anwar mula berucap, gas pemedih dilepaskan menyebabkan ramai yang melarikan diri ke bangunan dua tingkat.

"Mereka hanya meninggalkan apaila FRU beredar," kata beliau sambil menambah, majlis tersebut bermula pukul 9.30 malam.

Laporan portal terdahulu melaporkan Manikumar turut ditahan.

Gantung Harakah dan Suara Keadilan macam hantu takut kukur kelapa
chedet 0 Komentar

Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad

Saya tidak terkejut apabila Kementerian Dalam Negeri gantung harakah dan suara keadilan selama 3 bulan mulai 23 Mac 2009. Itu memang sudah dijangka. Ini muqaddimah kepada pemerintahan diktator Najib

· Alasannya kerana fakta dan berita menyeleweng. Itu tafisran mereka. Menyelewing kerana fakta yang dikemukakan adalah tepat dan tidak ikut skrip pembohongan mereka.·Tun Razak yang akan mengambil alih negara.


Mereka takut isu Antatuya, pendedahan secara ditil mengenai pembunuhan Antatuya oleh akhbar Prancis , gejala rasuah dalam parti perasuah Umno yang bersidang 24-28 Mac 2009 dan penyelewingan dan ketirisan dalam projek kerajaan didedahkan oleh akbar popular ini.

· Sepatutnya Umno jangan takut, kerana mereka ada TV 1, 2, 3, 7 dan 9. Ditambah pula dengan Utusan Malaysia, Berita Harian dan lain-lain lagi. Jawablah dengan hujah dan menolak dakwaan yang dikatakan tidak betul dalam media kamu.

· Rakyat hendak dengar juga ulasan daripada media kamu mengenai pendedahan pembunuhan Antatuya di akhbar Prancis. Kenapa tidak saman akbar tersebut supaya supaya senang rakyat dapat penjelasan dan penerangan.

· Sebenarnya Umno/BN tahu bahwa sekarang rakyat tidak percaya apa yang pemimpin Umno/BN cakap walaupun apa yang mereka cakap itu betul. Kerana pemimpin BN lebih banyak bohong daripada betul.

· Tndakan yang kerajaan buat sudah terlambat dan silap perhitungan. Sekarang bukan zaman Raja Bersiong dan zaman batu. Sekarang zaman langit terbuka. Sebenarnya tindakan yang dibuat ini bagus untuk Pakatan Rakyat kerana rakyat akan bertambah marah kepda Umno/BN.

· Hakikatnya mereka yang membeli Harakah dan Keadilan mereka yang celik IT yang sentiasa mendapat maklumat di hujung jari. Mereka inilah yang sentiasa buat perubahan dalam masyarakat. Mengajak dan menyebarkan fikrah perjuangan kepada masyarakat untuk menentang Umno /BN di negara ini. Walaupun kamu gantung Harakah dan keadilan tidak menjadi halangan untuk kami ajak rakyat untuk tolak BN
· InsyaAllah dengan tindakan yang dibuat oleh kerajaan BN akan lebih memberi semangat lagi kepada rakyat untuk bangkit tolak BN di dua Bukit dan Batang Air Sarawak.

· Pergantungan ini tidak ubah seperti orang tua-tua kata hantu takut kepada kukur kelapa. Macamlah juga dengan pemimpin Umno yang takut dengan harakah dan Suara Keadilan.

InsyaAllah ini satu lagi syarat tanda Umno sudah berada dipenghujung hayat dan akan dikebumikan tanpa batu nisan.
-Takbir.

* Penulis adalah Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat

18 Mac 2009

Pelancaran Kelab Remaja Islam
Abe Joe18 Mac 2009 0 Komentar

Generasi pelapis memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan perjuangan di masa depan.
Sehubungan itu, Lajnah Tarbiyyah Wilayah dengan Kerjasama Nisa' Wilayah akan menganjurkan sebuah program motivasi sempena Pelancaran Kelab Remaja Islam


Terbuka kepada semua anak-anak ahli berumur 13-19 tahun
Penyertaan Percuma dan Terhad
Siapa cepat dia dapat...

Hebah-hebahkan bersama

Jazakallah...


17 Mac 2009

Ali Rustam Can't Contest Deputy Presidency
chedet17 Mac 2009 0 Komentar

KUALA LUMPUR, March 17 (Bernama) -- Melaka Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam has been found guilty of violating party ethics for indulging in money politics and is prohibited from contesting the post of Umno deputy president.

The Umno Disciplinary Board found that Mohd Ali, a candidate for the Umno deputy presidency, had committed the offence under Article 10.1 of the Umno membership ethics.

This was announced by Umno Disciplinary Board chairman Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail at a media conference, here today.

The Disciplinary Board also found Khairy Jamaluddin, a candidate in the contest for the Umno Youth head, guilty of breaching Article 10.1 of the Umno membership ethics but was only given a warning.

The Board, however, did not find Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, also a candidate for the post of Umno Youth head, not guilty of breaching party membership ethics.

-- BERNAMA

Kenali Dato' Dr Zahid Hamidi menteri jaga agama
chedet 1 Komentar





Kenali Dato' Zahid Hamidi menteri jaga agama dan

I)yg bertanding kerusi naib presiden
II) dan yg pandai bertinju
Kenapa ? tak percaya? Cuba tengok sendiri
Temubual exclusive bersama saudara Amir Bazli (mangsa kekejaman Zahid Hamidi) disini


Lagi berita
disini
Tapi kenapa tak kena apa-apa tindakan???

Himpunan dan Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat
chedet 0 Komentar

Himpunan dan Pelancaran Jentera Pemuda Pakatan Rakyat sempena PRK Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau akan diadakan pada :

Tarikh : 21 Mac 2009 / 24 Rabiulawal 1430 (SABTU)
Tempat : Parlimen Bukit Gantang, Perak
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang

Tarikh : 22 Mac 2009 / 25 Rabiulawal 1430 (AHAD)
Tempat : DUN Bukit Selambau, Kedah
Masa : 2.00 – 5.00 petang


Untuk menyertai Perhimpunan ini bersama konvoi Pemuda wilayah sila daftar atau hubungi Saudara Suhaimi Abd Aziz: 019-6039187 atau
Setiausaha Pemuda Pas Kawasan Wangsa Maju sdr Marzuky 0193651613

sebelum 19 Mac 2009

13 Mac 2009

Matematik dan sains sebuah Keranda - Rahmat Haron
chedet13 Mac 2009 0 Komentar



Tarikh tanda waktu, ingatan dan kenangan. Benar, hari itu tak ada yang dapat kujual. Benar, hari itu tak ada yang dapat kubeli. Tak ada urusniaga – masa tak dapat menjadi indeks dagangan.

Tanggal Sepuluh Rabiulawal tahun hijrah 1431, kalendar Gregoria 7 mac 2009, bulan dua tahun kerbau, hari 23 bulan Masi.



Nesan tanda kematian, nafas dan kehidupan sebuah KERANDA 152 - 3 Mac 1967,

42 tahun keranda berkubur sepi semadi dalam sunyi, hiba telah lama tertanam bersama isi perut dan kenyang hidangan di dewan petaka mengambus duka.

Kini kita melihat kengerian. Kesombongan Bebal Nasional mengeruk tanah kubur

mencari gali mencaci curi KERANDA 152. Jentera kuasa dan tajam kuku besinya mengorek menebak tubuh luka ibunda yang tua.

Kemudian kita melihat tanah telah dibongkar Kesombongan mencampakkan

kayu reput KERANDA 152, tulang-tulang bahasa budaya yang hancur. Kesombongan bukan mahu mengkaji DNA atau memasukkan data-data dan fakta untuk pro-fail dan anti-fail. Atau membawanya ke makmal mengkaji penawar, menguji benci, bukan itu hasrat Kesombongan.

Kita bersedih kerana pada saat-saat itu masih lagi mengkhayalkan yang tulang-tulang dan kayu reput KERANDA 152 itu mahu dibasuh mandi bersihkan dilangir wangian bunga-bunga cempaka, mawar, melati dan melur. Dijunjung dalam upacara pemakaman bersama keranda yang baru terukir awan larat dan pucung rebung.

Berat hujan, kita tambah sedih dan menangis. Tulang-tulang bahasa dan kayu reput KERANDA 152 diinjak-injak kasar kaki Bongkak bersepatu besi, diludah busuk lidah kesombongaN.

Mata kita tak terpejam. Kekejaman menyekang biji mata kita terjojol. Kemarahan mengudara. Kita mesti bergerak dan bertindak. Santun kita di balas pedih mata, loya tekak dan hiba dada.

Sains senjata kimia, begitu cepat pemerintah belajar cara menindas rakyatnya.

Tembakan peluru-peluru gas dan meriam meledakkan racun. Perisai dan belantan mesin. Kesombongan cuba mengertak. Tapi kita telah menjadi berani, kita telah kehilangan

Sedu Sedan Sendu Sedih Sayu.

Rakus berbangga, Kesombongan mengebom kayu reput KERANDA 152

dan serpih tulang-tulang bahasa yang telah tertanam begitu lama.

Bahasa aku

Bahasa engkau

Bahasa kita di ALTANTUYA kan mereka!

Dan tentunya ini bukan bahasa mereka – bahasa mereka Bebal Nasional

Kerana bahasa kita

Adalah Bahasa Jiwa

Bangsa Merdeka!.



Rahmat Haron

7-9 Mac 2009

Rasa Sayang, PJ

12 Mac 2009

Pedihnya masih terasa
chedet12 Mac 2009 1 Komentar

sebelum hangpa baca lebih panjang artikle pendek nie.. awai2 lagi aku peringatkan aku......
INI bukan Soal Politik.

Hari Sabtu 7 mac 2009, aku escot kengkawan aku 2 biji van dari Pengkalan Chepa, depa sampai awai pagi, aku bawak pi berehat & mandi manda kat port aku . kul 12tghri aku bawak depa pi masjid negara . Ikut jalan belakang. masuk kot Tugu negara, belambak trak FRU. bertimbon trak water canon. Puih cuak siol..

. aku tinggai depa tu kat Masjid negara pasai aku kena ikut group SOGO. sahabat aku yg lain kena escort satu group lagi di Centre Market.



KL pada tengahari tu dah betoi- betoi jadi bandaraya POLIS . mana-mana pi semua polis berlungguk..






Lepas Sembahyang Lahoq +- pukui 1.50 group aku dari SOGO dlm anggaran 500org belaghak pi Masjid Negara. Ramai lagi peserta himpunan yg tak dan join trip nie.. elok sampai ja depan Collesium Hujan turun, koi pelan ghamai lagi penonton mai join group nie.. dah dekat 1000org dah aku agak.. sampai Dataran Merdeka... lagi satu negara POLIS yg terpaksa ditempoh.. Ghamainya depa, siap dengan suit Ninja turtle.
Lebih kurang pukoi 2.10 kami sampai di Masjid Negara. bergabung pulak dgn group di sini.. MasyaAllah punya la ghamai orhang kat sini lebih 30 ribu rasanya.

Pak Samad Said mengapalai perarakan menyerah memorendum bantahan PPSMI kepada DYMM Yang Dipertuan Agung di IStana NEGARA. aku yang gemuk gedempoi ni dah 70-80 kali seminit mencungap akhirnya mengambil port jaga jalan kat atas jambatan KTM menuju Menara Tun Sambatahan. Masa nie group tambahan dari SOGO sampai dianggar lebih 5000 orang.. Ketika Gerombolan awai yg diketuai Pak Samad dah sampai di IStana Negara group dari Centre Market masih terlekat di jambatan KTM. Punya la ghamai manusia , aku rasa cecah 90,000- 100,000 orang. keadaan jadi kelam kabut bila group di Istana negara dihidangkan dengan BOM ASAp pemedih mata. group sana lari menghala ke Masjid negara semula tapi bertembung pulak dgn group dari atas jejambat KTM menghala kesana. Masa tu FRU kepala merah dah bunyi loceng... teruih siram org ghamai dengan ayaq asid kuning. Gatai oii..
abih biru- haru buatnya, dalam suasana kelam kabut tu ghamai jugak org 2 tua yg jatuh rebah, tak tahan dengan penangan bom pemedih mata. Jenih apa mana tah trip nie depa pakai. tapi yg pasti lebih kuat dari puluhan demonstrasi lain yg sempat aku pi...
sampai polis trafik dan polis biasa hat dok jaga jalan pon lari mai ambik garam kasaq kat peserta demo untuk mengurangkan keperitan penangan Bom asap nie..."GILA!!!!Polis Yahudi pon tak pernah tembak orang2 yahudi mcm ni" kata Pak long sebelah aku mai dari Jerlun kedah. Pukui 3 ptg kami dapat arahan suruh berkumpoi semula di masjid negara. On the way nak pi pulak ke sana tu, berpuluh das lagi Bom asap depa pelepas.. Mak oiii pedihnya.. habih kering ayaq pancut tepi- tepi jalan tu di ceduk org untuk membasuh muka. makin dibasuh makin pedih. tapi tak lama sangat dalam 10 minit ja pedih tu akan hilang. tapi ayaq resdung abih melenja la keluaq...

Group yg dah sampai di perkarangan masjid pon tak terlepas dibagi hadiah BOM nie.. sampai kedalam masjid negara pon FRU tembak masuk Gas....

Bukan senang rupanya nak pejuangkan pelajaran Matematik ngan Sains nie untuk lebih mencerdikkan anak cucu aku dan anak cucu hangpa rupanya.

Tapi sekurang2nya aku dah ada jawapan bila nak cucu aku tanya apa aku buat untuk depa..
sakit , Pedih , Perit .. Sat ja.... GLORY tu dikenang lama


10 Mac 2009

Bengongnya Pemimpin UMNO/BN
benludin10 Mac 2009 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

Selasa (10/3/09) - Ulasan-ulasan tentang kebengongan pemimpin UMNO/BN.

- Hishamuddin - Dia ni bila tengok demonstrasi Gerakan Mansuh PPSMI (GMP), terus berkata dengan lantangnya bahawa ia didalangi oleh pembangkang.

- Alasannya kerana kelihatan beberapa pemimpin-pemimpin PR di dalam demonstrasi tersebut serta peserta yang pakai logo parti. Hish bengong betul dia ni. Bukan ke pemimpin serta penyokong pembangkang tu sebahagian dari rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan PPSMI ni. Takkan sebab mereka ini pembangkang, maka tidak boleh menyertai perarakan tersebut.

- Hanya pemimpin dan penyokong BN sahaja yang tidak kelihatan kerana mereka ni sememangnya sentiasa menjaga periuk nasi masing-masing atau juga pak turut yang mengikut sahaja apa kata pemimpin mereka. Suruh terjun lombong, terjun lah. Suruh masuk lubang tahi, masuklah. Tidak apalah, kesetiaan kami tidak berbelah bahagi.

- Walaupun mereka juga merupakan ibubapa kepada anak-anak yang berada di dalam kepayahan untuk belajar PPSMI ini, tetapi demi kepatuhan, kami rela masa depan anak dan bangsa tergadai.

- Pemimpin mereka bertegas sebagai penegak bangsa, mereka bersorak. Bila pemimpin mereka hancurkan bahasa, pun mereka bersorak. Inilah yang dikatakan menang sorak kampung tergadai. Tiada pendirian serta keberanian untuk menegakkan kebenaran serta menegah kebathilan.

- Akhirnya, jika benar pemimpin BN ini ingin sangat PPSMI ini dikekalkan, kita cabar mereka laksanakan juga pembelajaran bahasa Inggeris ini ke dalam semua subjek seperti Geografi, Kemahiran Hidup, Sejarah, Pendidikan Islam dan sebagainya.

- Tinggalkan subjek Bahasa Melayu sahaja kekal di dalam bahasa Melayu atau kalau mahu, hapuskan terus lalu tukarkan nama negara Malaysia ini kepada nama negara Tiada Pendirian.

- Abdul azeez Abdul Rahim - Pun bangang juga dia ni. Dia nasihatkan rakyat jangan tertipu dengan janji palsu PR. Kerana akhirnya kerajaan BN juga yang akan menunaikan janji-janji tersebut.

- Antara yang dikatakan janji palsu PR itu ialah seperti menurunkan harga minyak, turunkan harga barang dan penipuan terbesar PR ialah mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lepas.

- Adushhh!!! Bukankah ini telah lama kita huraikan, penurunan harga minyak dan barang hanya dapat dilaksanakan jika PR berjaya menubuhkan kerajaan pusat dan akhirnya kita tidak berjaya, apalagi yang mampu kita lakukan.

- Namun terlalu banyak perkara lain telah kita laksanakan diperingkat kerajaan negeri sehingga menakutkan BN lalu mereka berusaha merampas kerajaan Perak agar kerajaan PR tidak dapat menyakinkan rakyat tentang kerja buat mereka yang berprinsip kebajikan.

- Tetapi ada juga segelintir ahli UMNO/BN ini yang berprinsip seperti Datuk Abu Zahar dan Mazlan Harun yang tidak gentar diugut pemecatan keahlian UMNO mereka hanya kerana mereka berani menegur kepincangan kepimpinan UMNO/BN dan kita berharap lebih ramai lagi ahli-ahli UMNO/BN berpendirian begini lalu sertailah gerakan yang sentiasa menegakkan kebenaran serta mencegah kebathilan. Lalu kita sama-sama menegakkan suatu kerajaan yang baru yang bakal menyatukan orang melayu dan Islam.

Allahu alam

6 Mac 2009

Sorotan Akhbar
benludin6 Mac 2009 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

Jummat (6/3/09) - Membaca akhbar harian hari ni terutamanya Sinar, memberikan gambaran yang agak berbeza. Tahu jugak deme ni tulis berita baik-baik untuk PR rupanya.

- Hari-hari sebelum ni, kecoh pasal persidangan bawah pokok. Pertikaian samada ianya sah atau tidak. Akhirnya sebilangan besar mereka ni akhirnya menghukum kerajaan PR Perak sebagai memalukan negara di mata dunia tanpa tahu kebenaran disebalik segala peristiwa. Namun kita bangga apabila bijak pandai undang-undang sepakat mengesahkan persidangan itu sah.

- Muka depan Sinar, kerajaan Selangor berusaha bantu 144 projek bernilai sehingga RM9 Bilion. Yang mana pada tahun 2008 (iaitu sewaktu PR berusia tak sampai pun setahun) telah berjaya memulihkan sebanyak 8 projek dengan status 100% siap dengan jumlah unit sebanyak 2,710.

- Bagi tahun 2009, terdapat 4 projek terbengkalai akan dipulihkan iaitu Perumahan Desa Kerayong Indah di Kuala Selangor, Platinum Damansara dan cadangan Pembinaan pusat Perniagaan & Pangsapuri Perkhidmatan Daerah Petaling serta Perumahan di Gombak.

- Di dalam perkembangan lain, Kerajaan Selangor dan JAIS serius tangani ajaran Qardiani. Mereka ini telah difatwakan terkeluar daripada ajaran Islam sejak 1975 (iaitu masa pemerintahan kerajaan BN lagi) tapi hingga kini tiada tindakan sepatutnya diambil.

- Mungkin Qardiani ini tidak memberi keuntungan atau ancaman kepada BN sepertimana PAS. Sebab itu mereka buat tak tahu aje walaupun ajaran mereka ini memberi kekeliruan yang besar kepada masyarakat terutamanya Islam.

- Diberita lain, Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Perak (PAC) telah dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dengan memberi sepenuh komitmen tetapi malangnya tidak dihadiri tanpa alasan oleh Menteri Besar haram, Dr Zambry. Mungkin dia berasa kecil hati kerana tidak diiktiraf oleh sebilangan besar rakyat Perak sebagai MB yang baru (rileks la Yoeb, jangan merajuk pulak. Buat Pilihanraya lain, tentu orang Perak tau nak ajar mike tu)

- Berita lain lagi, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan Gabungan Penentangan Penswastaan Air (CAWP) bersetuju dan menyokong penuh tindakan kerajaan Selangor untuk mengambil alih konsesi air dari kerajaan pusat.

- Mereka berpendapat, pengambilalihan ini dapat memastikan iar yang disediakan di Selangor, K.Lumpur dan Putrajaya akan mampu dibayar pengguna dengan harga yang lebih munasabah. Bukan tempat kaut keuntungan seperti dilakukan oleh kerajaan BN.

Al-kulihal, rupanya banyak kerja telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat ni, tapi disembunyikan oleh akhbar. Mereka lebih berperanan sebagai media yang mengampu BN serta berusaha membantu menaikkan kembali BN yang dah hampir reput lantas berusaha memburukkan PR.

Tahniah sinar kerana menjalankan amanah anda sebagai penyampai berita yang baik untuk rakyat. Pasti mudah untuk anda menjawab soalan Allah diakhirat nanti.

Allahu alam.

4 Mac 2009

P. Ramlee sudah ramal sidang DUN bawah pokok
chedet4 Mac 2009 0 Komentar


“Apa di bawah pokok tu,” tanya Re seraya dijawab oleh Mi “Agaknya di bawah pokok sana tu orang jual ais krim tak”. Balas si Re “Ais krim nenek kau” ...itulah antara dialog yang diungkapkan oleh Re dan Mi setibanya mereka ke negeri Pasir Dua Butir setelah dibawa oleh tikar pandan terbang yang dikemudi oleh Do dari negeri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee. Rupa-rupanya di bawah pokok itu adalah kerajaan negeri Pasir Dua Butir. Jika dialog dan senario itu berlaku dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1972, kini setelah 37 tahun berlalu, drama bawah pokok benar-benar terjadi dalam politik tanah air apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok kira-kira 150 meter dari pagar utama bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh. Sidang itu dihadiri oleh 27 ADUN pembangkang bermula pada jam 10.20 pagi dan berlangsung kira-kira 15 minit.

Sidang DUN Perak bawah pokok yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Dato' Ustaz Abu Bakar rakan penceramah saya malam 28 Februari lalu di samping Zulkifli Omar (Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan), turut ketawa apabila saya bangkitkan filem-filem Allahyaram Tan Sri Dr P Ramlee, yang dialognya menyebut: "Salah tu memang salah tapi undang-undang Dato' yang bikin."

Langkah 'rampasan kuasa' di Perak memang dipersoalkan, tetapi seperti dialog Tok Nikah Kahwin dalam 'Musang Berjanggut' semuanya menjadi �halal�. Insiden yang berlaku hari ini (3 Mac 2009) apabila DUN Perak bersidang di bawah pokok, persis filem P. Ramlee 'Laksamana Do Re Mi', takhta kerajaan Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok.

Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap 'akulah aku' dengan tak menghirau majoriti rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca.

Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato' yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: Mesyuarat Bawah Pokok tinggallah di bawah pokok".

Menteri Fasola tidak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah.

Dato' Seri Najib yang terlalu ghairah dengan kerusi Perdana Menteri juga secara rasional di atas kertas memang 'takkan lari gunung dikejar'.

Tetapi William Shakespear ketika menghasilkan drama popularnya 'MacBeth', sukar menggapai harapan sekadar bersandarkan ramalan tukang-tukang tilik yang setia berkhidmat dengannya.

Hingga si tukang tilik mempengaruhi Lady MacBeth, mengenai pokok-pokok akan bergerak sebagai tanda kejayaan matlamatnya.

Justeru, kebencian rakyat Perak sekarang bukan kepada Umno, tetapi Dato� Seri Najib yang jelas terbabit dalam segala insiden di Perak sekarang ini. -azm (Artikel ini dipetik daripada laman blog Dharmala NS, sasterawan Melayu yang mengetuai Warga Prihatin Malaysia - PRIMA) _

Sidang DUN Perak: "Jika di atas pokok pun ia sah"
benludin 0 Komentar

Abdul Aziz Mustafa
Wed | Mar 04, 09 | 3:29:34 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak semalam tetap sah walaupun diadakan atas pokok, kata pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff.
Iklan

"Jika di atas pokok pun ia sah", Bernama memetik pandangan beliau ketika ditanya mengenai kesahihan "persidangan tergempar" itu yang diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, di Ipoh pagi semalam.

Persidangan itu, yang dipanggil oleh Speaker DUN Perak V. Sivakumar, berlangsung selama kira-kira 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mohammad Agus, yang juga seorang penganalisis poltik berpandangan bahawa tiga usul yang diluluskan itu juga sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

"Sebelum ini Dewan Undangan Negeri Perak hanya ditangguhkan dan tidak dihentikan. Jika ditangguhkan, maka Speaker mempunyai kuasa untuk mengadakan persidangan tergempar itu tanpa mendapat perkenan Sultan," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan berkata perkara yang berlaku di Perak di luar dugaan dan membabitkan isu perundangan yang kompleks.

Sungguhpun ia tidak munasabah untuk satu pandangan konklusif mereka, sesetengah perkara itu hendaklah ditangani sebagai satu perkara prinsip, katanya dalam kenyataan.

Beliau menanyakan sama ada dibenarkan untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan di luar Bangunan Sekretariat Negeri.

"Tentulah, Bangunan Sekretariat Negeri di mana Dewan Undangan Negeri patut diadakan.

"Bagaimanapun, Speaker dan Adun Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilarang daripada mengadakannya di satu tempat yang sesuai oleh polis dan ini membangkitkan isu serius mengenai kesahihan tindakan polis.

"Dengan itu Speaker tersebut tidak ada pilihan tetapi untuk bertindak dalam apa yang dilihat sebagai kuasa yang luas untuk mengadakan persidangan ini di tempat lain," kata beliau.

Beliau berkata ada pandangan berbeza, tetapi keadaan itu di luar dugaan dan Aturan Mesyuarat mungkin tidak meliputi sepenuhnya seperti keadaan yang tidak diingini, menyerahkan kepada Speaker dengan kuasa untuk bertindak mengikut keadaan kes itu.

Sreenevasan berkata keadaan itu tidak boleh dipertahankan daripada kritikan dan hanya mendesak untuk satu perkara iaitu pilihan raya negeri.

"Kini ada harapan untuk ini berlaku. Biarlah rakyat menentukan," tambah beliau.

3 Mac 2009

Sidang tergempar DUN di bawah pokok
chedet3 Mac 2009 0 Komentar



Perak menjadi tumpuan sekali lagi ekoran keputusan Speaker, V Sivakumar untuk meneruskan juga sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

8.15am: Pintu Utama bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak di Ipoh ditutup, dan tiada sesiapapun di benarkan masuk ke bangunan itu. Ramai anggota polis diletakkan berkawal di bangunan berkenaan.

Polis juga menutup jalan belakang ke bangunan berkenaan. Trak-trak Unit Simpanan Persekutuan (FRUM) dan trak meriam air kelihatan di situ.

Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkeflil Abdullah memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan berhimpun di bangunan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat merancang untuk berhimpun di pintu masuk bangunan sekretariat kerajaan negeri sebelum jam 10 pagi sebelum masuk ke Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terletak di dalam bangunan tersebut untuk mengadakan sidang tergempar DUN.



Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Zambry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Speaker V Sivakumar yang dijangka didengar jam 9 pagi di Mahkama Tinggi Ipoh.

10.49am: Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.

10.46am: Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am: Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.

Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.

perak state assembly perak darul ridzuan administrative building 02030910.23am Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.18am Speaker DUN memulakan bicara dengan meminta semua yang memerhatikan perjalanan sidang itu diam sebagai tanda hormat.

10.15am Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan diadakan juga di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah bangunan tersebut - yang menempatkan dewan itu - ditutup.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Sidang bersejarah DUN dibuka dengan bacaan doa, sambil diperhatikan kira-kira 300 penyokong.

10.01am Nizar dan para wakil rakyat Pakatan - yang asalnya berdegil ingin meneruskan sidang tergempar seperti dirancang Jumaat lepas - meninggalkan pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mereka bergerak ke tempat letak kereta, kira-kira 50 meter dari pintu masuk tersebut, untuk mesyuarat ringkas.

Speaker DUN V Sivakumar turut kelihatan.

Kumpulan kira-kira 200 penyokong Pakatan tidak berganjak.

zambry file suit 020309 fru9.45am Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk.

Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.

Lebih kurang 200 orang, kebanyakannya penyokong Pakatan, berkumpul.

9.35am Sekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan rombongan wakil rakyatnya ke pintu masuk utama.

Tiada campur tangan polis dan Nizar bersama rombongannya melepasi sekatan tersebut.

9.30am menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

9.21am Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut.

9.20am Orang ramai pelbagai kaum yang berhimpun di bangunan sekretariat semakin bertambah dan kini mencecah 100 orang.

9.15am Wakil-wakil rakyat Pakatan yang sebelum ini berhimpun di sebuah hotel berhampiran, kini dalam perjalanan ke bangunan sekretariat.

9.10am Peguam kedua belah pihak berada di bangunan mahkamah.

9am Kira-kira 40 anggota FRU ditempatkan di pintu belakang bangunan sekretariat. Ada antara anggota tersebut bersenjatakan rifel dan pelancar gas pemedih mata.

8.50pm: Kira-kira 50 orang berhimpun di pintu belakang bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. "Tiada sebarang tanda akan berlaku apa-apa," kata wartawan Malaysiakini, Andrew Ong.

8.30am: Polis mengadakan sekatan jalanraya sejak semalam di sepanjang jalan utama menuju ke bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak. Kenderaan tidak dibenarkan melaluinya.

Lebih 100 anggota polis berkawal di bangunan sekretariat kerajaan negeri. Ramai wartawan berkumpul di situ untuk membuat liputan.

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.