Sesuatu Yang Memang Sudah Dijangka

Mahkamah Rayuan Akhirnya Memutuskan Agar Kes Liwat Kekal Dibicarakan Di Mahkamah Tinggi

Seperti yang telah dijangkakan, akhirnyaMahkamah Rayuan petang tadi memutuskan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), kini kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Abdul Hamid Embong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Anwar terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, pada 5 Mac lalu, yang mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan perintahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Kami tidak hairan dengan keputusan ini, kerana sejak awal-awal lagi kami sudah menjangkakan keputusan yang sudah pasti tidak akan memihak kepada Anwar. Bahkan, kes yang cukup mengelirukan ini juga bakal"menghumbankan" Anwar semula ke Penjara Sg.Buloh tidak lama lagi. Oleh itu jalan yang terbaik ialah rakyat perlu menunjukkan protes terhadap apa yang berlaku ini. Mana mungkin Anwar boleh dibicarakan oleh satu kesalahan yang telah dibuktikan secara klinikal tidak berlaku kepada "mangsa" yang terbabit. Sepatutnya, mahkamah membatalkan kes ini kerana ia jelas benar-benar akan merosakkan undang-undang negara kita.

Alasan yang diberikan oleh peguam Saiful dan pihak pendakwaraya bahawa mereka mempunyai bukti kukuh Anwar meliwat Saiful tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana, terdapat asas yang jelas bahawa segala bukti-bukti itu adalah "rekaan berdasarkan skrip" semata-mata. Bahkan, apa yang berlaku terhadap Anwar 10 tahun lalu harus dijadikan ikhtibar oleh pihak mahkamah, bahawa bukti rekaaan sebenarnya tidak "relevan" dengan apa yang dibicarakan. Lihat sahaja dulu tatkala tilam diusung, diari peribadi Anwar dihilangkan, Trivolli Villa yang diragui dan banyak lagi bukti "mengarut" yang telah disediakan oleh pihak pendakwaraya. Akhirnya, rakyat bosan dan meluat melihat satu perbicaraan yang jelas"mengelirukan" dan bukan lagi "menegakkan keadilan" seperti apa yang digambar. Terkadang, malu rasanya melihat segala apa yang berlaku ini. Seolah-olah negara kita kini sudah mengamalkan "Law Of The Jungle" seperti apa yang diwar-warkan selama ini. Undang-undang ikut sesuka hati mereka dan rakyat awal-awal lagi sudah boleh meramalkan sesuatu kes perbicaraan yang dijalankan oleh mahkamah. Bahkan mereka juga tahu bahawa kes akan memihak kepada pesalah jika mempunyai hubungan dengan pihak atasan terutamanya golongan politik. Manakala kes yang melibatkan "musuh politik"mereka, dengan mudah undang-undang diperkotak-katikkan. Inilah yang mengelirukan rakyat jelata sebenarnya. Sampai bilakah kita harus berhadapan dengan situasi ini agaknya.

Dalam pada itu, ketika ditemui hari ini Anwar berkatabeliau tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan kes liwatnya kekal dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa, jelas jaminan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawibahawa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail(foto), tidak terbabit dalam kes ini tidak diterima mahkamah. "Saya tak terkejut dengan keputusan ini dan sudah menjangkakannya. Jelas sistem kehakiman tak banyak berubah. "Jaminan bekas Perdana Menteri bahawa Peguam Negara tidak terbabit dalam kes ini jelas tak diterima mahkamah," katanya ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, petang ini. Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan peguamnya, S N Nair supaya mengkaji semula alasan ringkas penghakiman hari ini bagi menentukan sama ada semakan kehakiman perlu dibuat. Sementara itu, Nair berkata, masih terlalu awal untuk memutuskan sama ada pihaknya akan membuat semakan penghakiman keputusan Mahkamah Rayuan hari ini. "Kita akan kaji alasan ringkas kehakiman rayuan hari ini sebelum langkah selanjutnya diambil," katanya.

Ulasan

Catatan Popular