DAP, Jangan Berlagak Tuan Besar Dalam PR!.



Teguran Oleh: abuhikam

"

Kekecohan demi kekecohan ditimbulkan oleh DAP, sejak kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke12. hingga ke saat ini, dengan pelbagai tindakan kurang ajar seperti mengugut, memboikot, membantah, menarikdiri, membuat kenyataan menggila dan terbaru menentang kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.



Merasakan seolah-olah mereka sangat dominan, tuan besar, pemain utama, agung dalam Pakatan Rakyat. PAS dan Keadilan hanya melukut, sepele dan tumpang tuah dari kekuatan mereka. Kalau ini benar-benar menjadi pegangan dan keyakinan mereka, tunggulah saatnya Pakatan Rakyat ranap menyembah bumi.

Ternyata DAP mempunyai satu agenda tersendiri dalam Pakatan Rakyat yang berorientasikan kepentingan tertentu. Mereka tidak pernah berubah dari dulu , semasa bersendirian hingga kedetik ini dengan bermanismuka dan bergabung dalam Pakatan Rakyat. Semua persetujuan yang dicapai dan diikrarkan bersama pimpinan Pakatan Rakyat hanyalah helah politik dan strategi jangka panjang.

Mereka tidak kerisauan seandainya pakatan rakyat gagal membentuk kerajaan kerana Barisan Nasional masih mempunyai MCA, Gerakan dan lain-lain parti kecil, yang pasti akan memainkan peranan yang sama.

Yang lebih penting ialah perjuangan bangsa mendapat pembelaan dan kedudukan politik dan ekonomi semakin diperkukuhkan.

Adakah ini suatu kesalahan. Pastinya tidak. Setiap bangsa perlu memperjuangkan kepentingan bangsanya, dalam apa saja keadaan. Siapa pun berhak berjuang untuk bangsanya.

Membuat kebijakan politik yang cerdik, bernafas panjang dan menjangkau masa depan. Itulah DAP.

Apakah ummat Melayu mampu bersaing dan punya pemikiran politik yang melangkaui jenerasi demi jenerasi. Kadang-kadang kita lupa kepada agenda atau matlamat yang lebih besar, kerana merasa dirugikan oleh perolehan atau sasaran yang sangat kecil dan sementara.

Umat Melayu perlukan pimpinan berjiwa besar, bijaksana, berpandangan jauh kedepan merentasi jenerasi per jenerasi, untuk membentuk, memandu dan mengarahkan perjuangan bangsa Melayu yang terkucil di sebuah semenanjung yang sangat sempit ini.

Ulasan

Catatan Popular