Terima tawaran AJK: Mat Sabu tentukan hari ini

PETALING JAYA: Tn Hj Mohamad Sabu, calon Timbalan Presiden PAS yang tewas pada pemilihan awal bukan ini, akan mengumumkan pendiriaanya berhubung tawaran dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, hari ini.

Beliau berkata, terlalu sukar baginya untuk membuat keputusan mengenai tawaran tersebut kerana perlu memikirkan banyak perkara.

"Esoklah... esok (hari ini)saya jawab," katanya kepada mStar Online ketika duhubungi semalam.

Mohamad, bekas Naib Presiden PAS, memberikan alasan beliau memerlukan tempoh seminggu untuk berfikir sebelum membuat keputusan selepas Presiden PAS, Datuk Seri TG Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan tersebut minggu lalu.

Selain Mohamad, seorang lagi calon Timbalan Presiden yang tewas dan dikaitkan dengan 'puak Erdogan' atau pro-Anwar iaitu Datuk Husam Musa turut dilantik sebagai AJK Pas Pusat.

DS TG Abdul Hadi sewaktu mengumumkan pelantikan berkenaan berkata, beliau yakin kedua-dua calon yang tewas itu akan menerimanya.

Ulasan

Catatan Popular