Relevan sungguh ISA dimata BBHKCP
Sikit-sikit ISA.
Sikit-sikit ISA.
Sikit-sikit ISA.
ISA Sikit-sikit . tak ada ke undang- undang yang lebih bertamadun di Bumi Malaysia ini selain Sikit-sikit ISA.Sumber Dari sini
Tahan DSAI bawah ISA – bekas perajurit
KUALA LUMPUR 14 Jun – Tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah hukuman selayaknya terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibenarkan pulang ke negara ini.
Pengerusi Badan Bertindak Halang Kemasukan Chin Peng (BBHKCP), Pegawai Waran 2 (B) Othman Ab. Majid menegaskan, provokasi Anwar itu jelas menghangatkan kembali isu tersebut yang boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan segera bertindak dan jangan membiarkan mana-mana individu yang sengaja cuba mengeruhkan keadaan dan meniup api persengketaan.
“Kami bekas perajurit amat terkilan dan kecil hati, isu Chin Peng sebenarnya bukan isu politik tetapi malangnya ia dipolitikkan kerana semua sedia maklum bahawa PKM pertubuhan ganas, jadi kenapa perlu diperjuangkan.
cuba ubah ayat ini menjadi
“Kami waris-waris, kaum keluarga , sahabat handai mangsa tragedi MEMALI amat terkilan dan kecil hati, dengan alasan dan sikap KERAJAAN MALAYSIA yang diterajui UMNO dan Barisan Nasional yang mempolitikkan isu MEMALI ini kerana semua sedia maklum bahawa As Syahid Ustaz Ibrahim Libya bukan pengganas, jadi kenapa perlu dibunuh. Setelah lebih 20 tahun kes ini masih didolak dalih untuk dibicarakan dimana- mana MAHKAMAH MALAYSIA.



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, setelah saya membaca artikal pemuda pas Wangsa Maju saya terpanggil untuk memberi sikit komen untuk difikirkan bersama. Mengenai ISA saya pun tak setuju juga tapi ada juga relevennya ISA ini kalau dikaji pada asas pengujudannya, hanya pemegang kuasa saja cuba menggunakannya untuk menjaga kedudukannya. Ini mungkin akan berlaku jika sekiranya pas memerentah, dia bolih buat apa saja untuk menjaga kedudukannya, saya bukannya nak menuduh ulama atau cerdek pandai islam memerentah, cuma nakkan kita bersama-sama berfikir menggunakan otak yang dianugrahkan allah kepada kita, kita jangan berfikir kerana satu dari sepuluh tak betul, kita hentam semuanya tak betul. Saya ingin menyeru kepada pemuda-pemuda islam khususnya janganlah kita menggunakan satu-satu isu itu dengan semangat yang dikawal olih nafsu dan emosi, setelah kita menyambut sesuatu yang mencabar semangat kita, beristighfarlah banyak-banyak sebelum kita menjawab atau menangkisnya, sebab kita orang islam yang berpegang teguh kepada agama. Islam menggalakkan begitu. Setiap undang-undang dan peraturan yang dicipta ada buruk dan ada baiknya, melainkan undang-undang yang termaktub dalam ALQURAN, tiada siapa bolih menafikannya, melainkan gulungan tertentu saja yang mengiakan yang mungkar. Sama-samalah kita fikir dan renungkalah kita ni manusia yang tidak dapat pisahkan dari melakukan kesilapan. Jadi apa yang saya harapkan dan saya ingin menyeru kepada pemuda-pemuda yang bakal menjadi pemimpin, kalau nak berjuang dalam politik dan ingin disanjung didunia dan akhirat, bermuhasabahlah diri anda. Jangan kerana tidak menyukai sesuatu yang tidak sejiwa dengan kita itu, terus dibuangnya tanpa mengenali isinya terlebih dahulu. Kita mesti ingat politik ini kotor, tidak ada satu pun parti politik yang betul dalam memperjuangkan kedudukan. Fikirlah sebaiknya wahai adik-adik dan anak-anak ku yang begitu bersemangat untuk berjuang dalam politik. Untuk maklumat semua yang membaca tulisan ini, saya adalah salah seorang dari ribuan yang bangkit berrefomasi setelah Anuar ditahan, saya pernah terkena gas pemedih mata, terkena tembakan air, merasai belantan FRU menyinggah dibelakang saya dan dihambat sebagai anjing olih polis demi memperjuangkan kebenaran, tetapi dengan dua tiga patah perkataan yang mengguris hati saya khasnya dan bekas tentera amnya, pada kenyataan Anuar Ibrahim tempoh hari, hati saya dan rakan-rakan seperjuangan saya rasa telah dinafikan perjuangan kami olih Anuar. Setelah saya mengkaji dan saya telah bermunajat serta sembahyang Istikharah, saya putuskan saya tidak lagi bolih menyokong individu yang namanya Anuar Ibrahim, saya dapat bayangkan bahawa Anuar tidak layak menjadi pemimpin kepada bangsa melayu khasnya dan negara amnya. Ini saya, saya tetap dengan idologi saya, bagi mereka yang diluar sana gunalah otak yang ada untuk menilainya, saya telah kenal hati budi Anuar semenjak beliau dilucutkan jawatan TPM sehingga pada tarikh 14 Jun 2009. Saya akui beliu memang pandai berpolitik, kalau ada manusia yang ingin berjaya dalam perjuangan politiknya, Anuarlah orangnya yang bolih memberinya dan bolih dipergunakan untuk.................Sekian Wabillah hitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh. Takbiiiiir.
BalasPadam