Patah Tumbuh Hilang Berganti


"f_yakanUsai solat Subuh dan membaca al-Quran pada tanggal 20 Jamadil Akhir 1430, aku membuka dan membelek artikel-artikel yang didownload dari internet. Sudah menjadi kebiasaanku untuk download artikel dan membacanya di rumah berbanding duduk tercongok depan skrin di Cyber Cafe.

Aku tidak berapa menyukai suasana yang ada di kebanyakan CC di Syria ini kerana asap rokok yang terlalu banyak, sehinggakan bau rokok mudah benar melekat di pakaian. Setelah menahan mata sehingga ke Dhuha, lelapkan mata sekejap kerana tidur malam agak lewat akibat mengemas bilik. Tambahan pula waktu Subuh masuk awal sekarang, pukul 3.30 pagi lebih kurang. Kalau di Malaysia, confirm dapat pahala Tahjjud tu.

Dr.Fathi Yakan

Sesudah rehat sekejap, buka Yahoo Massenger dengan menggunakan perisian Yamee. Terkejut bila membaca mesej dari seorang muslimat yang minta kepastian dengan maklumat kematian Dr Fathi Yakan. Katanya, dia mendapat maklumat dari sahabat-sahabatnya yang belajar di Lubnan. Aku terus berfikir, kat mana nak cari kesahihan maklumat tu? Terus teringat beberapa link yang aku buat di blog, antaranya laman web Ikhwanul Muslimun. Aku buka satu persatu. Laman web Ikhwan Mesir… failed. Laman web Ikhwan Syria…. failed. Aih, bila pula web ni disekat. Dulu tak disekat pun. Kerajaan Syria memang terkenal dengan kerja menyekat laman-laman web yang mereka anggap mengancam mereka. Youtube dan blogspot memang lama dah disekat di sini. Sesiapa yang nak buka juga, kena guna software lain untuk musnahkan proksi yang menyekat tu. Actually, software ni tak dibenarkan. Tapi kami main redah je. Last sekali baru buka laman web Ikhwan Jordan. Alhamdulillah dapat pengesahan. Tapi rasa sedih dengan kehilangan butir permata yang amat berharga.

Maza Yakni menyohorkan Almarhum

Ketika mula mengenali dunia tarbiyyah di sekolah menengah dulu, buku Maza Yakni adalah antara yang mula-mula aku kenali. Buku ini sememangnya menjadi rujukan asas usrah di peringkat mana sekalipun dan oleh pertubuhan Islam mana sekalipun. Nama Fathi Yakan pada waktu itu aku anggap sebagai seorang Sheikh yang telah lama meninggal dunia sebaris dengan ulama’-ulama’ silam lain seperti as-Syafie, al-Ghazali dan sebagainya. Akan tetapi apabila mengenailinya dengan lebih rapat, aku terkejut rupa-rupanya beliau asalnya adalah seorang engineer. Tetapi dengan kemampuan yang dia ada, dia mampu untuk memahami Islam dengan baik dan memimpin gerakan Islam di Lubnan yang amat unik cabarannya.

Buku Maza Yakni Intima’i Lil Islam (Apa Ertinya Saya Menganut Islam) telah diterjemah kepada pelbagai bahasa lain dan digunakan di pelbagai peringkat usrah dan marhalah tarbiyyah. Bahasanya yang mudah memungkinkan semua golongan membacanya walaupun bahagian kedua daripada kitab ini agak berat sedikit. Bahagian pertama menceritakan asas-asas kehidupan seorang muslim. Bahagian kedua pula membawa pembaca kepada memahami kewajipan bekerja untuk Islam dan berada dalam harakah Islamiah. Beliau telah berjaya menyusun plot-plot buku ini dengan baik supaya pembaca tidak berasa ‘terkejut’ dengan maksud buku ini ditulis iaitu pembaca mesti memahami bahawa bekerja untuk Islam dalam entiti jemaah adalah wajib!! Moga Allah meneruskan aliran-aliran kebajikan dan pahala yang telah dibuat oleh almarhum melalui buku yang dikarangkan ini.

Fathi Yakan dan Pas

Sebenarnya almarhum dan pimpinan Pas mempunyai hubungan baik khususnya Tuan Guru Presiden dan Hj Mohd Sabu. Biasanya, sekiranya TGHH mempunyai urusan di Syria, beliau mesti menziarahi almarhum Dr.Fathi Yakan yang tinggal di Lubnan, berjiran dengan Syria. Malah, ketika TGHH menulis sebuah buku mengenai Palestin dalam bahasa Arab, almarhumlah yang men”taqdim”kannya. Tajuk buku ini ialah “ Palestin ; Min Qutta’it Toriq ila Kharitatit Toriq”. Buku yang dicetak pada tahun 2007 itu oleh Muassasah ar Risalah telah diedarkan di Timur Tengah. Dalam kalam muqaddimahnya, almarhum memuji tulisan Tok Guru Presiden yang ringkas dan padat selain kajian yang menunkukkan sebab sebenar masalah yang berlaku di Palestin.

DSC00322
“Palestin ; Min Qutto’it Toriq ila Kharitotit Toriq” oleh TG Haji Abdul Hadi Awang

DSC00321

“Abdul Hadi Awang Muhammad ; Presiden Parti Islam Se-Malaysia”

DSC00324
Perenggan terakhir kata-kata “taqdim” dari Fathi Yakan

Almarhum juga pernah mempelawa TGHH untuk membuat tesis Phd di universiti kendaliannya, Jamiah Jenan di Tarablus. Selain itu, pimpinan Pas yang menziarahi Lubnan biasanya akan pergi bertemu dengannya untuk beramah mesra. Begitulah rapatnya almarhum dengan pimpinan Pas.

Walaupun kita amat sedih dengan kehilangan mujahid ini, kita seharusnya yakin akan ada penggantinya. Perjuangan Islam akan dijaga oleh Allah s.w.t. Apa yang perlu kita buat ialah memastikan diri kita terutamanya sentiasa menyumbang untuk Islam. Seperti kata TGHH ketika membahaskan usul mengenai Palestin di parlimen awal tahun dulu, Islam tidak akan dimatikan dengan mematikan pemimpinnya. Sekiranya seorang Ismail Haniyeh dibunuh, 100 orang Ismail Haniyeh akan lahir (yang ni aku tambah sendiri). Perjuangan Islam ibarat tunas yang tumbuh sekiranya dahan itu dipotong. Satu dahan dipotong, banyak tunas yang akan tumbuh darinya. Bak kata orang kita “ Patah tumbuh, hilang berganti”. Al Fatihah untuk almarhum Ust Fathi Yakan rahimahullah.

p/s : Taqdim biasanya dibuat oleh orang yang dikenali dalam sesebuah negara ke atas sesuatu buku bagi memperkenalkan buku tersebut. Orang arab biasa buat seperti ini. Tak pasti nak gunakan istilah apa yang sesuai di Malaysia.

Ulasan

Catatan Popular