Kisah Nizar dihalau selepas angkat sumpah di Dewan Rakyat


Irwan Muhammad Zain
Wed | Jun 17, 09 | 9:01:07 am MYT

Tidak sampai lima minit berada dalam Dewan Rakyat, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dihalau keluar kerana melaungkan "bubar Dewan Undangan Negeri".

Nizar pada 15 Jun lalu hadir ke Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Bukit Gantang selepas memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil pada 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.

Beliau yang meminta keizinan berucap tentang krisis politik Perak dari Speker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebaik sahaja menurunkan tandatangan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen.

Nizar kemudiannya memakai lilit kepala bertulis 'Bubar Dun' sebelum melangkah ke tempat duduknya. Namun bentara dewan menghalang beliau dari duduk dan speaker memberikan arahan supaya beliau keluar kerana gagal mengikut etika berpakaian dalam dewan.

Nizar terpaksa menanggalkan lilitannya sebelum kembali ke tempat duduk beliau di blok "F".

Bagaimanapun Nizar terus diminta keluar Dewan Rakyat ketika beberapa wakil rakyat pembangkang turut mengenakan lilitan tersebut. Ada wakil rakyat yang mengikat pada kepala dan ada yang memakai pada lengan masing-masing.

BACA LAGI DISINI

Ulasan

  1. Kenapa cepat sangat tutup poll. Saya nak mengundi pun tak boleh. Nak membangkang seribu kali pun tak boleh. Trima kasi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular