ALFATIHAH : Isteri Ketua PAS cawangan Setia Jaya



Tanggal 1 Rejab 1430 bersamaan 24 hb Jun 2009, jam 4.20 pg, Allahyarhamah Puan Mujiah binti Abdul Hamid 59, telah dijemput mengadap Ilahi kerana mengidap kencing manis dan penyakit jantung. Allahyarhamah yang berasal dari Johor merupakan isteri kepada Ketua PAS cawangan Kg Setia Jaya yang juga AJK PAS kawasan Wangsa Maju Sdr Yusuf Bin Samad.

Sepanjang hayat beliau pernah menjawat jawatan ketua muslimat Pas cawangan Kg Setia Jaya selama sepenggal. Allayarhamah dikenali sebagai seorang yang cukup cekal dan gigih dikalangan penggiat kumpulan Marhaban muslimat disekitar Wangsa Maju dan Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan peraih undi yang aktif dalam menjayakan kempen-kempen Pilihanraya .

Menurut Sdr Yusuf Bin Samad,Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di rumah beliau di Jalan 2, Kg Setia Jaya Setapak setelah 3 hari dibenarkan keluar dari menerima rawatan di wad 25 Hospital Kuala Lumpur. Allahyarhamah meninggalkan seorang suami dan 3 anak 2 menantu serta 4 orang cucu.
Jenazah Allahyarhamah Puan Mujiah Binti Abdul Hamid selamat disempurnakan di tanah perkuburan islam Taman Ibu Kota Setapak menjelang Zohor 1 Rejab 1430.

Kami di DPPWM mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga Sdr Yusuf bin Samad atas pemergian isteri tercinta dan mendoakan moga Allah menempatkan roh Allayarhamah bersama dengan para pejuang dan orang- orang yang solehah.

Takziah-malaysiakini



Al-Fatihah buat Allahyaram Ayub Bin Omar bapa kepada Naib Presiden PAS yang juga Ahlli Parlimen Kubang Kerian iaitu Salahuddin Ayub yang telah pulang ke rahmatullah jam 11.45 malam tadi.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Tahziah diucapkan kepada Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat.

Ulasan

Catatan Popular