Pengerusi SPR: Apa cerita ni?

Setelah Barisan kalah di kesemua empat pilihan kecil di Semenanjung Malaysia membabitkan tiga kawasan Parlimen dan satu kawasan Dewan Undangan Negeri, terbit daripada mulut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Abdul Aziz Yusof harapan beliau agar tidak ada lagi wakil rakyat yang meninggal dunia selepas ini

Kenyataan yang agak mengejutkan, lucu dan cetek ini besar kemungkinan lahir daripada perasaan ikhlas beliau yang tidak mahu melihat bosnya iaitu Umno dan BN terus dirundung malang demi malang di peti undi rakyat.

"Kita minta janganlah ada kematian wakil rakyat lagi tetapi kalau ada juga kematian kita tidak boleh persoalkan, pilihan raya kecil tetap perlu diadakan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat menetapkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai di sini hari ini.

Abdul Aziz mengulas kekerapan berlakunya pilihan raya kecil dalam tempoh setahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada Mac tahun lalu." - Utusan Malaysia


Ramai pihak yang mengutuk kenyataan bodoh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri itu yang dilihat tidak secucuk dengan tahap ilmu pengetahuan beliau yang tinggi dalam selok belok pentadbiran negera dan pengalaman lama sebagai bekas pegawai tinggi kerajaan berstatus gaji JUSA.

Ulasan

Catatan Popular