PRK 2 Bukit 7 April- Semua selesa!

Ramai terkejut. Ingatkan UMNO yang isytihar Tarikh pilihanraya kali ini.

Pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, di Kedah akan diadakan serentak pada 7 April depan.

Manakala tarikh penamaan calon pula - bagi kedua-dua kerusi tersebut - ditetapkan pada 29 Mac.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat suruhanjaya itu di Putrajaya pada pagi Jumaat.

Ini bermakna kedua-dua pilihanraya kecil itu akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti yang semakin celaru denga isu rasuah dan rebutan kuasa.

Perhimpunan agung Umno dijadualkan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan.

Saya pun tak mahu komen lagi. Alasan yang diberikan SPR ada munasabahnya.

Abdul Aziz berkata:

“Kita tidak mahu tempoh berkempen terlalu panjang. Apabila ini berlaku, macam macam isu akan keluar, mungkin timbul keresahan, mungkin akan mengancam keselamatan awam dan negara. Kita tidak mahu orang yang berkempen letih”.

Beliau juga berkata tarikh pilihanraya kecil tidak ada kena mengenai dengan perhimpunan Umno bulan depan.

“Keputusan ini dibuat supaya semua selesa,” tambahnya.

Biar UMNO selesa, Najib selesa, Pak Lah lagi selesa. Bila semua selesa senanglah kita bertempur. Baru adil kan!

Ulasan

Catatan Popular