Siapakah reformis Ramlan Abu Bakar?
Tertarik dengan berita yang dilaporkan oleh Sinar Harian berkaitan dengan ancaman mogok bogel dari Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) yang dipengerusi oleh Ramlan Abu Bakar.
Alasan yang diberikan adalah kerana sudah rimas dengan permainan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana terus memandang sepi berhubung aduan yang dikemukakan berkaitan dengan kebajikan dan permasalahan rakyat. Reformis juga bersedia untuk berdebat dengan Kerajaan Pakatan Rakyat demi membela golongan miskin di Selangor yang terus ditindas.
Persoalan yang bermain dibenak fikiran kita sekarang ini ialah siapakah sebenarnya Ramlan Abu Bakar? Adakah dia ini benar-benar reformis yang betul-betul berjiwa rakyat dan amat prihatin dengan masalah rakyat? Adakah rakyat miskin amat bersetuju dengan cadangan dia ini untuk melancarkan kempen mogok bogel? Apakah hanya ini sahaja caranya atau kaedah yang ada untuk kita mencari penyelesaian kepada sesuatu permasalah yang timbul?
mSecara peribadi cadangan untuk mengadakan kempen mogok bogel adalah satu cadangan yang paling keji, jijik dan teramat-amat bodoh. Tindakan ini akan menjatuhkan maruah peribadi kita sebagai seorang muslim. Lupakah kita pada balasan Allah? Kita berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah. Dalam setiap perjuangan kita mesti letakkan nama Allah di atas kerana keberkatan sesuatu perjuangan itu datangnya dari Allah. Apabila kita berjuang menuntut keadilan dengan mogok bogel, ianya amat menyimpang dari suruhan Allah. Adakah Allah akan memberi keadilan yang dituntut itu kepada kita?
Para penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat diharap tidak terperangkap dengan isu mogok ini. Apa yang perlu dilakukan adalah mencari identiti sebenar Ramlan Abu Bakar ini. Bongkarkan latar belakangnya agar semua penyokong dan pendokong tahu siapakah dia Ramlan Abu Bakar. Apa yang dibimbangkan adalah mungkin ianya satu permainan yang cuba dilakukan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat demi untuk menjatuhkan maruah kerajaan Pakatan Rakyat dimata rakyat.
AnakKechil
anak-kechil.blogspot.com

Mengarut.. Ada ker nak berbogel..
BalasPadamDah takde nilai harga diri.
Ramlan bin Hj Abu Bakar adalah berfikiran rasional sejajar dengan demokrasi berpelembagaan dan mengikut rules and laws . Visi untuk rakyat . fair dritribution of oppotunities , for better qualities of lives for every people who dimana mereka berdiri disitu langgit dijunjung.
BalasPadam