Program Bersamamu DPPWM

Menjelang aidilfitri lagi beberapa hari ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Wangsa Maju telah mengadakan siri ziarah 'Bersamamu' bersama rakyat miskin serta keluarga tahanan ISA di sekitar lembah kelang dengan memberi sedikit sumbangan serta hamper sempena perayaan ini.

Menyelami perasaan dan suasana menjelang aidilfitri ini sangatlah menyentuh perasaan kami apabila melihat sendiri keadaan dan kesedihan yang dialami oleh keluarga tahanan ini.


Bergambar kenangan sebelum memulakan misi ziarah Bersamamu di markas Taman Melati.

Kebanyakan tahanan-tahanan ini adalah yang dituduh mengikut gerakan2 seperti JI dan DI. Seperti yang dinyatakan oleh Pn. Norlaila (seorang aktivis GMI serta isteri kepada tahanan ISA), kerajaan zalim ini lah yang melabel mereka dengan nama2 gerakan seperti JI dan DI, walhal hanya berusrah secara berkumpulan.

Gambar bersama Pn. Atikah dan Pn. Norlaila, kedua2nya adalah isteri tahanan ISA dan suami mereka telah ditahan secara zalim selama 7 tahun tanpa perbicaraan.

Kami juga sempat menziarahi Puan Juraina di sebuah PPR di Kuala Lumpur, beliau yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil semasa suami beliau ditahan 7 tahun lepas. Bayangkanlah 7 tahun membesar tanpa kasih sayang serta belaian seorang ayah, bukan kerana tiada, tetapi ditahan oleh Akta Rimba yang zalim ini.


Gambar keluarga Pn Juraina semasa perjumpaan bersama tahanan ISA di Bukit Aman pada april lepas.

Kesemua keluarga tahanan yang kami ziarah tidak mendapat hak serta bantuan daripada kerajaan BN yang telah mengambil hak mereka secara kuku besi.


Pn Juraina serta 2 anak lelakinya semasa menerima ziarah kami menceritakan keperitan hidup serta bagaimana zalimnya kerajaan menahan suami beliau tanpa bicara.

Teringat kata-kata Pn. Juraina, "xpe la, kalau x boleh pon kena bolehkan juga lah" merujuk kepada pertanyaan kami boleh ke menyara anak2 beliau sendiri tanpa suami bersama.


Sofwan dan adiknya Syamil, anak kepada tahanan ISA. Disebalik kecerian anak2 ini, tersingkap seribu penyeksaan serta kerinduan kasih sayang ayah disisi. Anak2 Pn Juraina gembira menerima kunjungan, seolah2 mengingatkan mereka kepada ayah mereka yang ditahan semenjak mereka masih bayi lagi.

Selepas ke rumah Pn Juraina, kami berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah adik Aina Mardiah Sharial di Hulu Langat, yang meninggal dunia tanpa sempat melihat ayahnya. Sayu hati kami melihat keluarga Pn Fatma (Isteri tahanan ISA) yang kehilangan anak kesayangan beliau baru2 ini. Seperti mana kita sedia maklum tentang peristiwa kematian anak mereka ini. Suami beliau pada mulanya tidak mendapat pelepasan untuk menziarahi anak mereka yang sedang nazak. Namun akhirnya apabila dibenarkan keluar, hanya dapat menatap wajah anak yang tinggal jasad. (rujuk sini)


Keluarga Pn Siti Fatma tinggal dirumah usang yang disewa sebagai tempat berteduh. Beliau juga dinafikan hak setelah suaminya ditahan selama 7 tahun tanpa bicara. Sehingga anaknya nazak pun tidak diberi pelepasan untuk menziarah.

Kami menyeru kepada semua untuk sama-sama memberi sokongan untuk membebaskan semua tahanan ISA ini ataupun diberi perbicaraan adil kepada mereka, serta bantulah keluarga2 yang telah dizalimi ini dengan apa jua bentuk bantuan tidak kira wang ringgit ataupun apa2 shj. Sumbangan Aidilfitri boleh disalurkan dalam tabung harakahdaily (akaun Maybank 564070000336).

Sumbangan terus boleh juga melalui Bendahari GMI, Pn Nashita (013 2096373) atau boleh sumbangkan kedalam akaun Maybank (162209939776).

Lagi maklumat boleh diperolehi di blog Pn Norlaila,
http://lailagmi.blogspot.com/

serta laman DPPWM
http://dppwm.blogspot.com/

Lagi gambar
http://www.flickr.com/photos/fotoperiodismo/

Ulasan

  1. u taw ape makna ISA tuh?u g search dl then u akn taw..pokok xkn bgoyang kalo xde angin..phm?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular