Episod 'Hidup' Peralihan Kuasa

Selasa, 16 Sept - Episod peralihan kuasa kerajaan dilihat semakin mendebarkan. Bermula dari penghantaran secara paksa ahli-ahli parlimen BN ke Taiwan untuk belajar bercucuk tanam, segalanya mengambarkan keporakan dalaman UMNO/BN semakin menjadi-jadi.

Sungguhpun alasan pergi belajar bertani beramai-ramai, seperti suatu perkara lawak yang tidak akan dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang amat kukuh, namun bagi pemimpin UMNO, mereka sudah tidak mampu lagi berfikir untuk menyusun ayat-ayat cantik serta madah berbunga untuk menipu rakyat terutamanya penyokong setia mereka. Bagi mereka kini, asal dapat menyekat atau sekadar melengahkan peralihan kuasa sudah memadai.

Peristiwa kejar-mengejar antara ahli-ahli BNBBC dengan ahli-ahli parlimen PR dari Taiwan hingga ke Korea dan seterusnya ke Hong Kong, menjadikan Ramadhan tahun ini sesuatu yang sungguh menakjubkan serta pasti sukar dilupakan.

Kelmarin, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim mengumumkan perletakan jawatan kerana membantah ISA. Persoalannya kenapa sekarang? Di manakah beliau selama ini kerana ISA bukanlah sesuatu yang baru. Inilah yang membuatkan pemimpin-pemimpin kerajaan semakin kelam-kabut.

Namun Pak Lah dan Najib Tun Razak cuba berlagak 'macho' dan cool dengan melaungkan kerajaan yang ada teguh dan masih meneruskan tugas, peranan dan kuasa yang diberikan oleh rakyat.

Tadi laporan yang memetik DSAI sebagai berkata yang Zaid Ibrahim akan mengumumkan berita gembira dalam masa 2-3 hari lagi, turut mengundang pertanyaan rakyat. Berita apakah itu? Yang pastinya BN pasti bertambah gelabah.

16 September hanyalah suatu 'target'. Tidak semestinya tidak berlaku pertukaran kerajaan pada tarikh itu, menandakan gagal. Ahli-ahli BNBBC tetap akan pulang ke tanahair dan pasti sudah belajar bagaimana untuk melompat ketika berada di perantauan. Malah mungkin semasa turun naik kapal terbang, mereka sudah membuat latih tubi itu. Sama-samalah kita tunggu penyudahnya episod yang 'hidup' ini kerana sesungguhnya ia bukanlah dongengan atau 'cobaan' seperti kata pendekar Mastor.

Buktinya, kalau sekadar angan-angan Mat Jenin, kenapa perlu pemimpin-pemimpin BN menjadi lintang-pukang. Mereka bukan nak berlawak atau bersketsa tetapi benar-benar dikocak oleh DSAI dan kerajaan PR.

2.45 ptg tadi - DSAI masih tidak mengumumkan nama-nama ahli parlimen BN yang akan bertukar kerusi tetapi menyatakan akan ada pertemuan antara beliau dengan Perdana Menteri untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terpeinci.

Gulp! Takut-takut Pak Lah pulak akan dihantar belajar ke luar negeri. Ada sesiapa boleh bagi jawapannya?

Segalanya ditentukan oleh Allah subhanahu wata'ala. DIA lah pemegang segala urusan baik di langit, di bumi hatta di dasar lautan. Tiada sebaik-baik penentu melainkan Robbul Izzati. Allahu Akbar

Ulasan

Catatan Popular