Adakah kita berada di “Zon Perang”?

Bermula dengan serangan terhadap jurugambar dan wartawan sehingga menyebabkan kecederaan parah dan hampir menyebabkan kehilangan nyawa(analisis mengikut laporan media), diikuti dengan beberapa insiden yang cukup menggerunkan.Dakwaan kiriman bom kepada petugas parti, cubaan untuk letupkan bangunan pemerintah(baca pembangkang), ugutan bunuh terhadap pemimpin kerajaan ,pemimpin pembangkang., orang yang menonjolkan diri gila nak memimpin, bukan pemimpin yang nak memimpin pun turut mendakwa turut menerima ancaman yang serupa, pergaduhan menjadi sesuatu yang lumrah seperti di sekolah rendah, rusuhan digambarkan seperti perang saudara, tangkapan seolah-olah adanya operasi memburu penjenayah. Polis menjadi institusi yang paling sibuk dengan pelbagai dakwaan sehingga memaksa berkampung menjalankan tugas.



Itu semua hanya berlaku di zon perang. Tapi di mana? Bukan di Kandahar. Di Islamabad pun bukan Zimbabwe dan Karbala pun sudah semakin berkurangan berita sebegitu. Zon perang ini bermula hanyalah kerana ada pertandingan pilihanraya kecil. Kecil sahaja. Hanya di Permatang Pauh sahaja. Hanya melibatkan 3 individu yang bertanding. Tapi gempitanya hingga membawa kepada situasi yang paling jijik dan kotor serta membahayakan.

Memang “Zon perang” ini kelihatan seperti menentukan kepimpinan negara pada masa depan. Dilihat dari konteks siapa bakal perdana menteri Malaysia. Anwar atau Najib?. Pertarungan peribadi. Pertarungan Moral. Pertarungan siapa jaguh. Dan kejaguhan ini menggambarkan apa saja boleh dilakukan. Soal adab, moral, agama, peraturan, undang-undang, persaudaraan, setia kawan, perpaduan sudah hilang. Terhapus sama sekali. Muslihat dan tipu daya serta jentera dari jabatan kerajaan pusat digunakan sepenuhnya dalam matlamat menghalalkan cara. Undang –undang hanya milik penguasa. Media menjadi penghukum yang paling ampuh. Semua pembangkang dilihat seperti penjenayah bersiri yang harus dihapuskan sepenuhnya disebalik mengagungkan “malaikat” mereka yang tiada cacat cela.

Cepatlah tamatkan peperangan ini. Cepatlah tamatkan derita fitnah ,mehnah dan dakyah ini. Lebih hebat lagi jika dapat mempercepatkan kejatuhan empayar munafik UMNO. Satu situasi sahaja YANG TERBAIK Untuk atasi semua ini. ISLAM MEMERINTAH.

Wallahua’lam.

AISH
260808.

Ulasan

Catatan Popular