UMNO hampir hilang kuasa

PUTRAJAYA 2 April – UMNO dan orang Melayu berhadapan dengan risiko hilang kuasa seperti dialami pada 1988 jika kegawatan yang melanda parti itu ketika ini tidak ditangani secara jujur dan terbuka.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, dengan setengah dozen negeri yang dulunya di bawah UMNO jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu, kepimpinan parti perlu menerima realiti bahawa UMNO sebenarnya hampir hilang kuasa.

Beliau yang pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri menegaskan, pucuk pimpinan perlu berdepan dengan kritikan dan teguran membina manakala ahli UMNO pula perlu jujur untuk mencari penyelesaian memulih dan menyelamatkan UMNO. ..baca selanjutnya..

Sebenarnya, bukan UMNO saja yang gusar dan bimbang tentang nasib orang melayu di bumi bertuah ini tetapi seluruh orang melayu dari parti-parti pembangkang juga merasai tempiasnya.

Bertitik tolak dari situlah YAB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (pada himpunan rakyat di Stadium Melawati-Isnin 31/3/08) dengan berlapang dada menyatakan pendirian akan menerima orang-orang UMNO untuk bersatu bersama PAS tetapi dengan syarat yang amat jelas supaya pemimpin-pemimpin UMNO terlebih dahulu mengubah sikap sombong dan bongkak mereka kepada yang Maha Esa.

Mereka mesti kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Mereka mesti kembali kepada Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup mereka. Itulah saja cara untuk orang melayu merasa selamat serta mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Adakah orang-orang UMNO sedar tentang hakikat ini. Hakikat yang mereka telah jauh dari landasan islam. Kembalilah wahai teman-temanku. Perjuangan bangsa tidak akan ke mana. Hanya perjuangan islam yang akan menjamin keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Kembalilah sebelum Allah menggantikan kamu dengan kaum-kaum yang lain yang lebih redha menerima islam dari kamu. Allahu akla waaaklam

Ulasan

Catatan Popular