Rehat Seketika

Assalamualaikum.

Kadangkala dalam berjuang, perlu juga kita berehat seketika untuk mengembalikan semula tenaga-tenaga dan cas-cas yang sudah digunakan di sepanjang perjalanan :) Dan hendaklah difahami bahawasanya kisah-kisah di bawah hanya untuk tujuan jenaka sahaja. Harap jangan timbul isu yang bukan-bukan sudah lah ya? :D


Cerita pertama:

Mamat : Amin, awak tahu tak satu cerita?

Amin : Cerita apa Mat?

Mamat : Saya dengar ada seorang ustaz tu cakap, kalau kita nak masuk syurga nanti, kita KENA MASUK BARISAN.

Amin : So?

Mamat : Sebab itulah selama ini saya suruh awak join UMNO dan Barisan Nasional..ha..nanti nak masuk syurga pun kena masuk barisan dulu, kalau tak malaikat tak bagi masuk.

Amin : Macam tu pulak... Tapi, apa awak nak buat kalau masa awak nak masuk kat pintu masuk tu tiba-tiba malaikat yang jaga pintu tu tanya "mana PAS masuk?"

Mamat : eRrr....


Pengajaran: Lengkapkan diri dengan ilmu ukhrawi. Moga kita tergolong dalam golongan yang dilindungi Allah dan mendapat 'tiket' memperoleh keredhaan Allah.



Cerita kedua:

Mamat : Amin, kau tau tak kenapa kita kena pilih yang BIRU dan bukan yang HIJAU?

Amin : Kenapa?

Mamat : Cuba kau tengok penciptaan bumi. Dalam penciptaan bumi, berapa komposisi air jika nak dibandingkan dengan darat?

Amin : Tak silap aku 70% bumi adalah air dan 30% adalah darat.

Mamat : Ha...Tepat sekali! Jadi kalau kau tengok, warna HIJAU itu warna hutan kan? Jadi maknanya hutan hanya meliputi paling banyak 30% bumi manakala warna BIRU, iaitu air mewakili 70% bumi. Sebab itulah kita kena pilih BIRU!

(Mamat tersenyum lebar kerana logik mantiknya bagai telah berjaya)

Amin : Ye tak ya juga. Pandainya engkau.

Mamat : Mestilah pandai beb! Aku kan produk tadika kemas, mana boleh lawan!

Amin : Tapi kan Mat, walaupun BIRU meliputu 70% bumi dan HIJAU meliputi 30% bumi, boleh kau bagitau aku tak, SIAPA LA YANG NAK TINGGAL DALAM LAUT? MANUSIA TINGGAL ATAS BUMI JUGAK!

Mamat : Err.rr.....(terkena lagi aku)


Pengajaran: Islam menyuruh kita mengikut Fitrah dan Panduan yang sudah digariskan oleh Allah s.w.t. Jika kita cuba keluar dari garisan itu maka akan huru-haralah kita (macam tiba-ttiba nak hiduop dalam laut)...Satu lagi, belajar matematik betul-betul (hehehehe).




Wallahu'alam!

Ulasan

Catatan Popular